Ayam

Ayam Goreng Kunyit Rangup ala Kedai Makan

ayam-goreng-kunyit-rangup-ala-kedai-makan

Ayam Goreng Kunyit Rangup ala Kedai Makan

Sejujurnya saya hantu ayam goreng kunyit, cuma jarang jumpa yang sedap. Tapi haritu dapat rasa yang sedap di satu gerai ni, maka saya rasa terinspirasi. Jadi jom masak!.

Bahan Goreng:

  • 1 ekor ayam/700gm dada ayam (potong kecil)
  • 2 paket cendawan tiram (dicarik kecil)
  • 2 sudu besar serbuk kunyit – Adabi
  • 3 sudu besar tepung goreng ayam – Adabi

Bahan Lain:

  • Separuh Kubis bunga – Opsyenel
  • 1 ikat kacang panjang
  • 1 batang karot
  • 1 batang lada merah
  • 1 biji bawang holland (potong 4)
  • 2 biji bawang merah – Opsyenel
  • 3 ulas bawang putih (diketuk dan hiris nipis)

Bahan Sambal:

  • 3 tangkai cili merah
  • 5 tangkai cili padi merah
  • 1/2 sudu besar gula
  • Sedikit garam
  • Sedikit belacan
  • 1 biji limau kasturi/limau nipis

Cara Memasak:

1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit serta tepung goreng ayam dan gorenglah deep fried. Nak ayam rangup, ayam kena tenggelam dalam minyak. Kemudian api kena jaga. Tutup lah jika mau cepat masak.

2. Habis goreng ayam, goreng cendawan tiram pula. Cendawan tiram, gaulkan bersama tepung goreng ayam sahaja (tak perlu serbuk kunyit). Kemudian goreng deep fried macam ayam tadi hingga rangup.

3. Alright! Ayam dan cendawan tadi yang dah dimasak kesemuanya ketepikan dulu. Dalam kuali lain, saya guna minyak goreng ayam tadi. Masukkan bawang yang dah dihiris tadi dan gaul.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Sup Ayam Kukus

4. Seterusnya, masukkan satu sudu kecil serbuk kunyit. Kemudian, masukkan sayur-sayur kita. Tambahkan garam, jika kering boleh tambahkan air sedikit. Gaul hingga sayur masak. Masukkan lada. Taknak pun tak pe. Nak hiris nipis pun boleh.

5. Masukkan pula bawang Holland. Saya tak ada, jadi guna bawang besar saja. Gaul hingga masak, tak perlu lama. Cukuplah sayur semua sudah layu, tutup api. Masukkan ayam bersama cendawan goreng tadi. Gaulkan rata.

Siap! Bolehlah dihidang bersama nasi panas, telur mata ke, kicap ke. Fuh! Jap lagi jiran mesti ketuk pintu. Tambah pula sambal belacan, ohoi.

Ayam Goreng Kunyit Rangup ala Kedai Makan

Resepi Oleh: Nurhayati Maleq