snek, Snek

Cucur Udang Geragau Sekali Makan Nak Lagi

cucur-udang-geragau-sekali-makan-nak-lagi

Cucur Udang Geragau Sekali Makan Nak Lagi

Assalamualaikum. Harini nak kongsi satu resipi yang mudah saja. Setiap orang ada cara masing-masing untuk menyediakannya. Walaupun ianya mudah, resipi kali ini tetap istimewa bagi saya. Biasanya kalau buat cucur saya bancuh adunan ikut suka tetapi kali ni, saya gunakan resipi hasil perkongsian di Facebook.

Terima kasih Bull Bull atas perkongsian resipi cucur ni. Sudah berbulan saya simpan udang geragau kering ni. Tak ada idea pula nak masak apa dengan udang ni. Saya pun terus la buat cucur mengikut resipi seperti yang dikongsikan. Tapi, macam biasalah mesti ada penambahan itu & ini. Saya tambah lobak merah, daun ketumbar, serbuk kunyit & serbuk cili. Buat cucur ni fleksible. No restriction. Boleh tambah macam-macam mengikut citarasa masing-masing. Lainlah buat kek. Memang kena ikut sukatan kalau tidak tak menjadilah.

Bahan-Bahan:

  • 200g (1 1/3 cawan) tepung serbaguna
  • 2 sdt serbuk penaik (baking powder)
  • 1 sdt serbuk kunyit
  • 1 sdt serbuk cili
  • 1 gelas (230 ml) air
  • 4 sdb udang geragau kering
  • Sebiji bawang besar (hiris halus)
  • Setangkai cili merah (buang biji & hiris)
  • Setangkai cili hijau (buang biji & hiris)
  • 1/2 batang lobak merah (sagat halus)
  • 3 tangkai daun ketumbar/ daun bawang/ daun kucai (hiris halus)
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

1. Bersihkan udang geragau kering dari kekotoran. Bilas dan toskan. Campurkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan masukkan air sedikit demi sedikit.

2. Kacau rata sehingga mendapatkan konsistensi adunan yang baik. Adunan hendaklah tidak terlalu pekat dan tidak juga terlalu cair.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Bepang Kacang

2. Panaskan minyak. Ambil adunan lebih kurang satu sudu besar dan goreng dengan menggunakan api sederhana di dalam minyak yang banyak. Balik-balikkan cucur sekali-sekala ketika menggoreng hingga berwarna keemasan dan masak. Angkat dan toskan minyak berlebihan sebelum dihidangkan.

Nota:

  • Udang geragau segar biasanya digunakan untuk membuat cencaluk. Udang geragau kering boleh didapati di pasaraya. Sekiranya tiada, boleh juga digantikan dengan udang kering yang ditumbuk, ikan bilis atau udang segar yang dicincang.
  • Anda juga boleh tambahkan tauge atau jagung ke dalam adunan cucur.
Cucur Udang Geragau Sekali Makan Nak Lagi

Resepi Oleh: Noor Ashikin