Kuih Muih

Cara Buat Pulut Panggang atau Pulut Udang

cara-buat-pulut-panggang-atau-pulut-udang

Cara Buat Pulut Panggang atau Pulut Udang

Assalamualaikum. Pulut udang ni memang favourite saya sejak kecil. Dulu-dulu kalau lepas balik sekolah, selalu abah bawakan saya dan adik beradik beli kuih untuk minum petang. Zaman tu kuih masih lagi 20 sen seketul dan kalau pulut udang ni pula 40 sen sebatang. Kalau dulu, siap kena bahagi sama rata lagi kalau tidak mesti ada yang makan lebih sorok-sorok. Sekarang, tak payah nak berebut lagi. Teringin je, terus ambil daun pisang, tanak pulut, defrost dan panaskan serunding (selalu simpan leftover dalam freezer), gulung-gulung macam gimbap dan bakar. Dah siap. Saya suka bakar sampai garing tu terasa sampai ke pulutnya.

Bahan-Bahan:

  • Pulut tanak
  • Serunding kelapa
  • 15 helai daun pisang berukuran 6×6 inci (Cuci bersih & layur sebentar)
  • Lidi secukupnya

Cara Penyediaan:

1. Letakkan 2 sdb pulut ke atas daun pisang. Ratakan. Letakkan pula 1/2 sdb serunding kelapa di tengah-tengah pulut. Balut dengan kemas dan sematkan di bahagian hujungnya dengan lidi.

2. Bakar di atas bara api atau kuali leper sehingga daun pisang sedikit terbakar (kehitaman).

Cara Buat Pulut Panggang atau Pulut Udang

Bahan Pulut Tanak:

  • 1 1/2 cawan beras pulut
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 sdb minyak masak
  • Secubit garam

Cara Penyediaan: Cuci beras. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk. Tanak sampai pulut masak.

Nota: Minyak digunakan supaya pulut lembut, berkilat dan tidak berkerak.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Karipap Inti Sardin

Bahan Serunding Kelapa:

  • 1 1/2 biji kelapa parut putih
  • 2 sdb gula
  • 1 sdt garam
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 4-5 helai daun limau purut (Jika suka)
  • 1 cawan air (Jika perlu)

Bahan Kisar:

  • 15 tangkai cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sdb biji ketumbar
  • 4 batang serai
  • 4 sdb udang geragau kering
  • 2 sdb jintan manis

Cara Penyediaan:

1. Kisar bahan kisar hingga halus. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar. Masukkan gula, garam air asam jawa dan daun limau purut. Tumis sampai betul-betul naik minyak dan garing.

2. Masukkan air dan kelapa parut. Masak dengan api perlahan sehingga serunding kering. Sesuaikan rasa mengikut citarasa masing-masing.

Cara Buat Pulut Panggang atau Pulut Udang

Resepi Oleh: Noor Ashikin Saerah