
Cara Buat Puding Lapis Biskut Cream Crackers
Biarpun lama kau kutinggalkan namun kau tak pernah kulupakan… cewahhhh. Puding yang selalu bawa kemenangan bila bertanding. Untuk yang nak cuba resepi silakan.
Bahan-Bahan:
- 15 keping biskut cream crackers cap ping pong Hup Seng (boleh juga yang timbang kilo, yang tawar)
- 1 tin susu cair
- 1/2 tin susu gula (sukat guna tin susu cair)
- Sy letak 150gm (sesedap rasa)
- 1/2 tin susu air sejuk (sukat guna tin susu cair) Lebih kurang 200ml
- 6 biji telur gred A/B
- 1sdt esen vanila (tak letak pun takpe, tak hanyir telur, kalau letak rasa lagi sedap)
- 1/2 sdk garam
- 1 sdm gula pasir (dimasak tanpa air dalam loyang 6/7 inci menjadi gula hangus dan ratakan di dasar loyang, ketepikan)
Cara Membuat:
1. Ramas hancur biskut dan ketepikan. Pecahkan telur satu persatu dalam piring dan buang telur yang berwarna putih. Masukkan dalam mgkuk besar, pukul bersama gula dan garam hingga kembang. Masukkan juga esen vanila.
2. Seterusnya, masukkan susu cair dan mix lagi. Masukkan air sejuk, mix seketika dan akhir sekali masukkan biskut yang telah diramas tadi. Kacau mesra.
3. Tuang adunan yang dah siap ke dalam loyang yang telah dimasak dengan gula hangus tadi. Jika suka, boleh juga taburkan kismis di atas. Kukus bahan selama 40-45 minit atau hingga masak.
4. Angkat dan biar sejuk seketika. Bila dah sejuk, terbalikkan ke dalam dulang dan siap untuk dihidangkan. Nak lagi sedap, letak dulu dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk, nyaman tekak menelan.
Selamat Mencuba
Resepi Oleh: Leeina Qaliena