Creamy Tomyam Spagetti Rasa Masam Berkrim Memang Sedap
Resepi ni memang lain dari yang lain. Gabungan masakan Itali dengan Thai memang cukup kena bila rasa berkrim ditambah dengan rasa pedas dan masam tomyam. Sedap!
Bahan-Bahan:
- 1 peket spagetti (500g) – prego atau san remo
- Olive oil
- 6 ulas bawang putih
- 1/2 biji bawang holand
- 3biji cili padi hijau
- 1 batang serai diketuk
- Udang 15-20 ekor
- 3-4 sudu besar pes tomyam (brand Thai)
- 6-8 helai daun limau purut (buang batang tengah)
- 1 biji tomato (potong dadu)
- 400ml whipping cream
- 1liter air
- 1 sudu teh garam
- 2 sudu teh serbuk ayam @ chicken stok
- Daun ketumbar- hiris halus
Cara Memasak:
1. Rebus spagetti hingga al dente seperti arahan di belakang pek.
2. Panaskan olive oil. Masukkan serai, bawang putih, bawang holand dan cili padi yang dicincang dan goreng hingga kekuningan.
3. Kemudian masukkan pes tomyam, udang dan daun limau. Kacau rata hingga udang setengah masak baru masukkan tomato. Masukkan air dan whipping cream diikuti dengan garam serta serbuk ayam.
4. Tunggu hingga mendidih dan rasa dulu ikut citarasa masing-masing. Kemudian masukkan spagetti dan kacau sebati. Akhir sekali masukkan daun ketumbar. Siap untuk dihidang.
Nota: Kalau nak ada kuah lepas masak terus hidang. Bile dah suam kuah akan meresap ke dalam spagetti, pun sedap jugak sebab flavour dia meresap dalam spagetti. Hidangan untuk 6-8 orang. Selamat mencuba.
Resepi Oleh: Nurha Muhammad