Cara Mudah Buat Cupcake Coklat Moist
Cupcake coklat moist. Bagi saya cupcake ni sungguh moist dan memang sedap. Dalam banyak-banyak resepi yang sudah dicuba bagi saya ini yang paling best. Tak rugi cuba, kalau suka kurang manis adjust sukatan gulanya.
Bahan-Bahan:
- 1/2 cawan (100g) gula pasir
- 1/2 cawan (100g) gula perang
- 1 biji telur
- 1/2 cawan (120ml) yogurt
- 1/2 cawan (120ml) minyak
- 1 sudu teh esen vanila
- 1/2 cawan (120ml) air panas
Bahan Kering:
- 1 cawan(130g) tepung serbaguna (all purpose flour)
- 6 sudu besar (43g) serbuk koko
- 1 sudu teh baking soda
- 1/2 sudu teh garam
Cara Membuat:
1. Panaskan oven pada suhu 148 C. Campurkan semua bahan-bahan kering dalam satu mangkuk. Ayak dan ketepikan.
2. Dalam mangkuk yang lain. Satukan telur, gula, minyak, yogurt dan esen vanila. Pukul hingga sebati.
3. Masukkan campuran bahan kering tadi sedikit demi sedikit. Sehinggalah semuanya sebati. Masukkan air panas. Gaulkan sampai sebati. Adunan akan nampak sedikit cair.
4. Tuangkan adunan ke dalam acuan cupcake. Isikan separuh sebab adunan ini akan naik. Bakar selama 18 hingga 23 minit. Kalau suka rasa kopi. Boleh juga tambahkan 1 sudu kecil serbuk kopi instant.
5. Kalau rajin boleh juga hiaskan dengan frosting. Cik tie bukannya tak rajin cume on diet, hehe ayat nak cover. Selamat mencuba!.
Resepi Oleh: Khadijah Jaafar