Kek

Resepi Mini Cupcake Coklat Moist

resepi-mini-cupcake-coklat-moist

Resepi Mini Cupcake Coklat Moist

Bahan-Bahan:

3 biji telur gred B
1 cawan gula halus
1 cawan susu pekat
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan minyak
1 cawan air panas
1 penutup esen vanila

Cara Membuat:

1. Satukan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.

2. Dalam bekas lain, pukul telur dan gula hingga kembang dan warna adunan menjadi putih.

3. Masukkan susu pekat dan kacau sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sehingga betul-betul sebati.

4. Setelah sebati masukkan minyak masak dan kacau lagi. Masukkan air panas, gaul sebati guna senduk kayu dahulu dan akhir sekali masukkan esen vanila (guna mixer low speed untuk sebatikan adunan agar tidak berketul).

5. Masukkan dalam papercup bersaiz paling kecil yang beralaskan dulang muffin. Isikan dalam 3/4 cup sahaja, jangan penuh takut melimpah.

6. Bakar pada suhu 150°c selama 10 minit, api atas bawah. Kalau nak kukus pun boleh, masa lebih kurang 10 minit.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Minyak Mudah Tak Banyak Bahan

Resepi Oleh: Mas Ayu Ghani – MAHN