Daging, Masakan Thai, Sup

Resepi Mudah Sup Tulang Thai Power

resepi-mudah-sup-tulang-thai-power

Resepi Mudah Sup Tulang Thai Power

Memang meletop rasanya macam sup yang kita order di restoran. Keluarga kita love sangat tau dengan sup ala Thai ni dari dulu lagi. Cumanya ada yang tak makan kambing maka saya tukarkan tulang kambing kepada tulang lembu.

Sedap sangat hirup sup tu terasa berangan pula tengah dine-in di kedai. Kalau u alls masih tak selesa takut-takut nak dine-in ke kedai makan tu better wajib cuba sup ala Thai power ni, next boleh cuba menu lain pula.

Bahan A:

  • 1 kg tulang lembu – direbus empuk dahulu
  • 2 cawan air panas
  • 2 cawan air rebusan tulang
  • 2 kiub pati lembu
  • 1 inci lengkuas – dihiris
  • 1 inci halia – dihiris
  • 1 biji bawang besar – dihiris
  • 2 akar ketumbar
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 batang kulit kayu manis

Bahan B:

  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang holland – dipotong bulat
  • 6 tangkai daun limau purut
  • 2 batang serai
  • 10 biji cili api
  • 1 senduk kecil minyak masak untuk menumis

Bahan C:

  • 1 biji tomato – dibelah lapan
  • 2 sudu besar perahan limau nipis
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 batang celery – dihiris serong
  • Gram & gula jika perlu untuk sesuaikan rasa
Cuba Resepi Ni:  Ayam Pandan Thai Ayam Goreng Gaya Orang Siam

Hiasan:

  • Sedikit daun bawang & sup
  • Bawang goreng

Cara Memasak:

1. Di dalam periuk satukan semua bahan A. Pasang api dan biarkan hingga masak mendidih.

2. Di dalam kuali lain, panaskan minyak, tumis bahan B hingga wangi kemudian terus tuang ke dalam periuk tulang tadi.

3. Letak semua bahan C dan rasa hingga secukup rasa. Masak sebentar tutup api. Akhir sekali letak bahan hiasan sedia untuk dihidang dan dinikmati.

Resepi Mudah Sup Tulang Thai Power

Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish