Resepi Paprik Ayam Simple Tapi Sedap
Kakak masak satu lauk jer hari ni. Walaupun simple tapi sedap ni. Dahlah senang.
Ini Antara Bahannya:
- Hiris 1 dada ayam dan gaul bersama garam serta kunyit
- 1 labu bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- Sedikit halia (optional)
- Kacang panjang di potong pendek
- Tomato di potong – Boleh tambah sayur carrot, bunga kobis dan putik jagung jika ada atau suka. Kakak letak apa yang ada saja.
- Sos tiram
- Sos cili thai
- Sos tomato
- Sos ikan (Kuantiti sos semuanya sama banyak. Tip: Satukan dalam mangkuk dan kacau sebati. Boleh letak air sedikit supaya sos tak lekat pada mangkuk)
- Serai 2 batang di ketuk
- Daun limau purut (Tip: untuk elak pahit, buang tulang tengah daun limau purut)
Cara Memasak:
1. Panaskan sedikit minyak. Goreng setengah masak ayam. Ini untuk tekstur daging ayam yang lembut. Hanya beberapa minit saja ni. Kemudian asingkan ke mangkuk lain. Ingat, jangan ratah ya. Sabar tau!.
2. Minyak goreng ayam tadi kita tumis dengan sesudu atau dua sudu cili kering kisar. Api perlahan. Sehingga masak atau pecah minyak. Kemudian, masukkan serai dan bawang putih. Tumis sampai wangi.
3. Masukkan sos campur tadi ke dalam kuali kita. Tunggu mendidih sambil kacau kacau supaya ketulan sos sekata. Boleh tambah air mengikut level kemahuan kuah lauk anda.
4. Kali ni kakak tak isi kan perasa. Mengharapkan rasa yang di bawa oleh sos sos tadi saja. Kalian nak isi perasa cukup rasa, aji, garam dan gula, silakan boleh saja.
5. Apabila kuah nampak pekat. Masukkan kacang panjang, bawang besar, tomato dan cili api. Anda tak suka pedas? Tak perlu letak cili. Jika nak cepat layukan sayur. Tutup sekejap kuali kita.
6. Masukkan ayam setengah masak tadi. Gaul dengan yakin!. Andalah tukang masak kedai tom yam yang hebat. Kakak cuma budak basuh pinggan dan lap-lap meja saja.
7. Masukkan daun limau purut. Dan gaul gaul kali terakhir sebelum hijrah ke mangkuk keluarga angkat yang kaya sekejap lagi. Sedihnya nak berpisah.
Taraaaa! Nampak macam mengada jer kan? Takpe. Hidangan lauk memang ada iras iras perangai tuan dia yang memasak. Serius sedap. Orang rumah kakak siap pejam mata menangis syahdu kesedapan. Bila kakak tanya, dia rupanya terkeliru termamah cili api yang beliau sangkakan kacang. “Sayang potong kacang sama panjang dengan cili tu kenapa?” Hahhaha kesian pulak.
Selamat mencuba. Selamat majujaya.
Resepi Oleh: Hajar Mohd