
Resepi Tom Yam Thai
Bahan Utama:
Pes tomyam (saya guna brand MAE PRANOM)
Lengkuas
Serai
Daun limau purut
Bawang putih
Bawang holand
Seafood (ikut citarasa)
Santan cair (secret recipe)
Susu pekat manis (2-3sb)
Sos ikan thai
Cili padi
Bahan Sampingan:
Bunga kobis
Cendawan
Tomato
Daun ketumbar
Jus limau nipis
Cara Memasak:
1. Masukkan pes tomyam, lengkuas, serai, daun limau purut, bawang putih, cili padi & bawang holland ke dalam santan cair. Masak sehingga mendidih (kacau sentiasa untuk mengelakkan santan pecah).
2. Masukkan seafood dan perasakan dengan sos ikan thai dan susu pekat manis. Adjust masin & manis mengikut citarasa masing-masing.
3. Akhir sekali, masukkan bunga kobis & cendawan dan biarkan masak seketika menggunakan api besar (pastikan sayur-sayur tidak over cooked. Boleh tambahkan carrot, celery dan lain-lain mengikut citarasa).
4. Padamkan api dan masukkan tomato. Masukkan jus limau nipis & daun ketumbar sebelum menghidang.
Resepi Oleh: Nora Asikin Mahmed Remali