Puding

Resepi Firin Sutlac atau Turkish Rice Pudding

resepi-firin-sutlac-atau-turkish-rice-pudding

Resepi Firin Sutlac atau Turkish Rice Pudding

Alhamdulillah. Dessert kita harini, dessert dari Turkey. Masa faa pergi turkey dulu, mana-mana singgah makan faa akan cari ni dulu. Sampai makan kat cafe pun beli yang ni. Sedap sangat. Hari tu pernah buat sekali, hari ni buat lagi. Firin Sutlac atau Turkish Rice Pudding.

Sejenis dessert dari Turkey diperbuat dari beras, susu dan gula. Kemudian dibakar sampai ada crust dipermukaannya. Memang sedap sangat.

Bahan-Bahan:

  • 1/4 cawan beras (basuh bersih dan tos)
  • 2 cawan air
  • 2 + 1/2 cawan susu full cream
  • 2 sudu tepung jagung
  • 3/4 cawan gula (kalau tak suka manis, masukkan 1/2 cawan sahaja)
  • secubit garam
  • 1/2 sk esen vanilla

Cara Memasak:

1. Masak beras dan air sampai jadi nasi. Sambil tu, panaskan oven suhu 180C.

2. Bancuh susu full cream dengan tepung jagung. Masukkan ke dalam nasi tadi bersama gula, garam dan esen vanilla.

3. Kacau sampai semua pekat mendidih. Tutup api dan biarkan suam seketika. Setelah itu, masukkan dalam bekas ramekin atau aluminium.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Puding Roti Kastard Tanpa Gula

4. Bakar dengan kaedah double boiler dengan suhu 180C selama 20 minit, api atas bawah. Kemudian tukar api atas, dan bakar lagi beberapa minit hingga dapat kerak sedikit di permukaan puding.

5. Keluarkan dan boleh makan masa suam atau disejukkan 1 jam di chiller, baru hidang. Selamat mencuba.

Resepi Firin Sutlac atau Turkish Rice Pudding

Resepi Oleh: Nur Fakhira Mohd Rosli