Ikan, Makanan Laut

Cara Masak Ikan Tongkol Masak Kicap Bercili

cara-masak-ikan-tongkol-masak-kicap-bercili

Cara Masak Ikan Tongkol Masak Kicap Bercili

Satu lauk pun dah cukup, makan dengan nasi panas-panas ni kompom bertambah. Kalau nak ganti dengan ayam pun boleh.

Bahan-Bahan:

  • 2 ekor ikan tongkol@ikan aye – Gaul sedikit garam dan kunyit kemudian goreng, angkat dan toskan
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 pcs asam keping
  • Sedikit kicap manis (saya guna brand kipas udang)
  • Sedikit kicap masin
  • 2 cawan air (untuk kuah)
  • 1 sudu teh gula pasir (tak nak letak pun tak pa sebab dah ada kicap manis)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 batang serai diketuk (takde pun takpe)
  • 3 senduk minyak
  • Sedikit bahan perasa

Bahan Kisar:

  • 2 biji bawang besar
  • 4- 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 sudu besar jintan manis
  • 10-15 tangkai cili kering

+ Kisar semua bahan ini dengan 1/2 cawan air

Bahan Hiasan:

  • 1 biji bawang besar potong bulat
  • 10 pcs cili padi
  • 1 pcs cili besar merah

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak, masukkan bunga lawang dan serai. Apabila serai dah layu, masukkan bahan kisar, gula, garam, asam keping dan sedikit bahan perasa. Tumis hingga betul-betul naik minyak dan garing.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Udang Masak Nenas Butter

2. Seterusnya, masukkan kicap manis (lebih) dan sedikit kicap masin, kacau-kacau. Masukkan air, apabila kuah dah mendidih masukkan ikan. Biar mendidih ganas dan kuah mula pekat, bolehlah masukkan bawang dan cili padi.

3. Akhir sekali, sesuaikan rasa. Kalau kurang masin tambah sikit kicap masin. Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba.

Cara Masak Ikan Tongkol Masak Kicap Bercili

Resepi Oleh: Mariana Zainal