Makanan Laut

Resepi Ikan Tongkol Goreng Berempah

resepi-ikan-tongkol-goreng-berempah

Resepi Ikan Tongkol Goreng Berempah

Bahan-Bahan:

2 ekor ikan tongkol (siang & basuh bersih)
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 ke 4 tangkai cili kering (basuh & rendam sampai lembut)
1 inch halia
1 serai
1 inch kunyit hidup (boleh ganti kunyit serbuk)
2 ke 3 asam keping
1 sudu ketumbar
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
garam & gula secukup rasa
1 kiub ikan bilis
air secukupnya
daun kari (lagi banyak lagi sedap)
minyak masak

Cara Memasak:

1. Blend bawang besar, bawang putih, cili kering, halia, serai, kunyit hidup, ketumbar, jintan manis, jintan putih & kiub ikan bilis dengan sedikit air.

2. Masukkan semua bahan blend dalam periuk bersama ikan. Tambah sikit air jangan banyak. Bubuh asam keping. Kacau rata.

3. Letak atas dapur. Kacau dan biar mendidih. Perasa garam & gula. Biar sampai ikan masak & air kering. Tutup api.

4. Biar sejuk. Tapiskan. Buang air rebusan. Pastikan betul-betul air dah tiada.

5. Panaskan minyak. Gaul ikan dan serdak yang ditapis td dengan daun kari.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Sambal Tumis Sotong

6. Goreng ikan, serdak & daun kari sampai garing. Toskan minyak. Done. Makan dengan nasi panas, kari, ulam & sambal belacan.

Penafian: Resepi dan gambar adalah hak milik Puan Nur Fakhira Mohd Rosli yang dikongsikan dalam Group Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Anda boleh lawati laman Facebook beliau, Nur Fakhira Mohd Rosli