Kuih Muih

Talam Kacang Merah Rasa Lemak Manis Sedap

talam-kacang-merah-rasa-lemak-manis-sedap

Talam Kacang Merah Rasa Lemak Manis Sedap

Pertama kali buat dan Alhamdulillah, menjadi dengan herlok.

Bahan Lapisan Bawah:

  • 1 cawan kacang merah di rendam kemudian di rebus hingga empuk
  • 2 cawan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung ubi
  • 2 1/2 cawan santan separuh pekat
  • 3/4 @ 1 cawan gula
  • 1 sudu kecil garam
  • Pewarna merah

Cara Membuat:

1. Panaskan pengukus dan loyang disapu minyak. Blend separuh kacang merah bersama dengan 1/2 cawan santan sehingga hancur. Di dalam sebuah bekas, satukan baki santan, tepung beras, tepung ubi, gula dan garam. Whisk sebati kemudian tapiskan.

2. Masukkan pula kacang yang diblend tadi bersama dengan baki kacang merah yang tak diblend dan sedikit pewarna merah. Masak sekejap atas api sehingga naik wap. Tuang ke dalam loyang kemudian kukus selama 20 minit.

3. Sementara tunggu bahagian bawah masak, boleh la sediakan untuk bahagian lapisan atas pula.

Bahan Lapisan Atas:

  • 2 cawan tepung beras
  • 2 1/2 cawan santan pekat
  • 1 sudu kecil garam

Cara Membuat:

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kuih Lapis Pandan Koko

4. Satukan kesemua bahan di dalam sebuah bekas, whisk sehingga sebati kemudian tapiskan. Panaskan sekejap di atas api sehingga naik wap.

5. Bila lapisan bawah dah masak, cakar-cakar dahulu dengan garfu, baru tuang adunan lapisan atas tadi. Sambung kukus selama 20 – 25 minit atau sehingga masak. Bila dah masak, sejukkan terlebih dahulu baru potong.

Talam Kacang Merah Rasa Lemak Manis Sedap

Resepi Oleh: Shah Shatry