Kek

Resepi Kek Minyak Gebu Gebas

resepi-kek-minyak-gebu-gebas

Resepi Kek Minyak Gebu Gebas

Bahan-Bahan:

  • 5 biji telur
  • 1/2 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3/4 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar ovallate
  • 1 cawan minyak masak
  • perasa yang disukai (kalau tak letak pom takpe)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Pewarna yang disukai

Cara Buat:

1. Satukan tepung dan baking powder kemudian diayak, ketepikan.

2. Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang dan gebu. Saya putar dalam 5 minit. Masukkan susu pekat dan esen vanila, pukul sebati.

3. Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.

4. Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah diayak. Kaup balik adunan dengan spatula hingga rata.

5. Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bekas. Letakkan pewarna dalam setiap bekas mengikut kesesuaian dan gaul rata.

6. Sediakan loyang 8 inci atau 9 inci. Lapik dasar loyang dengan kertas minyak dan sapu keliling loyang dengan majerin.

7. Tuangkan adunan berselang seli warna sehingga habis. Bakar suhu 170 °C atau bergantung kepanasan oven masing-masing.

8. Bakar selama 45 minit hingga 60 minit. Saya bakar sejam lebih menggunakan api atas bawah abis.

Resepi Kek Minyak Gebu Gebas

Resepi Oleh: Nor Khomariah Norrohman