Resepi Nasi Carrot Untuk Hidangan Sekeluarga

Resepi Nasi Carrot Untuk Hidangan Sekeluarga

Bahan-Bahan:

  • 3 pot beras basmati, cuci, rendam 30 minit dan tuskan
  • 3 1/2 pot air – refer peket beras seeloknya
  • 1 sdm minyak sapi
  • 1 sdm minyak jagung
  • 1/2 cwn susu cair
  • 1 btg carrot (diparut)
  • 1 bj tomato (dadu)
  • 2 tgkai daun pudina/2 helai daun bay
  • 1 helai daun pandan disimpul
  • 1 sdk Garam n 1/2 kiub ayam

Bahan B (tumis):

  • 1/2 labu bwg besar (kiub)
  • 3 ulas bwg putih cincang
  • 1 inci halia hiris

Bahan C (penumis):

  • 1 btg kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga

Cara Masak:

1. Panaskan minyak sapi dan minyak jagung. Tumis bahan C dan bahan B hingga wangi.

2. Masukkan carrot parut, tomato, susu, daun pudina/bay jika suka, daun pandan, garam, dan kiub ayam. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih seketika.

3. Kemudian, masukkan beras dan kacau sekata. Pindahkan beras tadi ke periuk nasi elektrik. Masak nasi macam biasa.

4. Bila nasi dah masak, gemburkan dengan garfu dan hidangkan bersama dengan ayam masak merah atau lauk kegemaran anda. Hepi kuking.

Resepi Nasi Carrot Untuk Hidangan Sekeluarga

Resepi Oleh: Kak Roy