Ikan, Makanan Laut, Sambal & Pencicah

Cara Buat Pes Ikan Bakar ala Terengganu

cara-buat-pes-ikan-bakar-ala-terengganu

Cara Buat Pes Ikan Bakar ala Terengganu

Salah satu menu yang menarik perhatian ramai ketika di bazar ramadan, ikan bakar. Aromanya menusuk hidung, abam kongsikan resipinya.

Bahan Kisar Halus:

  • Bawang besar 1 biji
  • Bawang merah 10 biji
  • bawang putih 4 ulas
  • belacan besar hujung jari
  • serai 4 batang
  • cili api 7 biji (kalau tak suka pedas tak payah letak)

Bahan Potong/Mayang:

  • Bunga kantan 1 btg
  • Daun kesom 1/2 ikat
  • Daun limau purut 6 helai

Bahan Lain:

  • Nisang 1/2 kerek
  • gula dan garam secukup rasa
  • perasa
  • minyak masak
  • cili boh 4 sb
  • air asam jawa 1 mangkuk kecil

Cara Membuatnya:

1. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar halus dan tumis smpai baik bau. Lepas tu masukkan cili boh, tumis lagi sampai pecah minyak.

2. Seterusnya, masukkan nisang dan biar nisang cair. Masukkan air asam jawa, biar mendidih. Lepas tu masukkan bahan mayang dan akhir sekali masukkan garam, gula dan perasa.

3. Masak dengan api kecil dalam 1 ke 2 jam. Biar rempah ikan bakar bertukar menjadi gelap dan kuahnya pekat. Siap.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Gulai Kepala Ikan Jenahak Halba Campur

Nota: Bila bakar ikan dan ikan setengah masak boleh letakkan rempah ikan bakar dan tutup bekas bakarnya. Masa bakar bergantung kepada jenis ikan.

Cara Buat Pes Ikan Bakar ala Terengganu

Resepi Oleh: Muliadi Ramli