Kek

Kek Butter Pink Dengan Rasa Rose

kek-butter-pink-dengan-rasa-rose

Kek Butter Pink Dengan Rasa Rose

Dah beberapa hari mak mentua sebut, baru hari ini berkesempatan buat. Ni belasah je tadi. Guna basic resipi butter cake lepas tu gabungkan dengan permintaan mak mentua yang nak kek guna pure butter, kek tak kering sangat, dan ada rasa rose. Kek butter ni sedap makan panas-panas. Garing di luar, lembut di dalam.

Bahan-Bahan:

  • 300gm mentega tanpa garam (unsalted pure butter)
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu besar ovellet
  • 5 biji telur gred A
  • 80ml (5 sudu besar) susu cair
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Pewarna pink
  • 1/2 sudu kecil esen rose

Cara Membuat:

1. Putar butter, gula halus dan ovellet sehingga gebu dan warna adunan bertukar putih pucat. Sekali-sekala off mixer, kemudian kikis butter yang melekat pada mangkuk mixer. Tujuannya supaya adunan butter diputar sebati.

2. Masukkan telur satu per satu serta masukkan susu cair. Dalam bekas lain, ayak tepung gandum bersama baking powder. Perlahankan mixer, masukkan tepung gandum dan baking powder yang diayak tadi sedikit demi sedikit. Putar sekadar sebati.

3. Kaub balik adunan menggunakan spatula bagi memastikan semua adunan diadun sebati. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dibiarkan plain, satu bahagian lagi dimasukkan pewarna pink dan esen rose.

4. Sediakan acuan 8″ x 8″ x 3″ (kek rendah), alas dasarnya, sapu mentega atau marjerin, tabur sedikit tepung. Terbalikkan loyang, tepuk belakang loyang bagi membuang sisa tepung. Tompok-tompokkan adunan berselang-seli menggunakan sudu sehingga adunan habis. Hentak loyang sehingga adunan rata.

5. Panaskan oven dengan suhu 170’c, api atas bawah selama 10 minit terlebih dahulu baru masukkan loyang kek. Bakar kek sehingga masak (anggaran 45 minit hingga 50 minit). Cucuk tengah kek dengan lidi. Jika lidi keluar bersih, maknanya kek dah masak. Suhu oven dan jangkaan masa masak bergantung pada oven masing-masing. Tak semestinya sama dengan saya.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Susu Badam Untuk Badan Sihat dan Kulit Bersih

Nota:

  1. Contoh pure butter atau mentega asli – Anchor, SCS, Westgold. Pilih mentega tanpa garam (unsalted pure butter). Pada bungkusan butter tu ada dinyatakan sama ada itu salted pure butter atau unsalted pure butter.
  2. Boleh guna lepa susu (farmcows, twincows, buttercup). Sedap juga cuma lebih sedap dan wangi jika guna pure butter.
  3. Sukatan cawan dalam resipi ni menggunakan cawan metrik. Di bakeri ada jual. Guna cawan plastik Ikea yang warna-warni pun boleh. Sama je sukatannya. Hakak dah sukat. Kalau tak ada juga, guna je la apa-apa cawan di rumah tu. Jangan kau guna cawan teh Jepun yang cinonet tu dah le.
Kek Butter Pink Dengan Rasa Rose

Resepi Oleh: Noy Yullan