Ayam, Masakan Korea

Resepi Ayam Goreng Honey Garlic Korea

resepi-ayam-goreng-honey-garlic-korea

Resepi Ayam Goreng Honey Garlic Korea

Anak-anak mesti suka ayam goreng tepungkan?. Lagi-lagi kalau ayam korea. Nak beli sos korea tu pedas sangat! Rasa biasa biasa je. Dahla mahal. Jom cuba resepi simple ni! Buat sendiri je tau.

Bahan-Bahan:

  • Kepak ayam potong 2 (drumet + wing)
  • tepung bestari spicy
  • cili kisar
  • sos cili/sos tomato
  • Serbuk cili (optional)
  • cili api/padi
  • bawang putih
  • madu

Cara Membuat:

1. First gaul ayam dalam tepung bestari. Lepas dah rata, celup ayam dalam air sejuk. Then gaul balik dalam tepung. Untuk jadikan dia lebih crispy!.

2. Cem biasalaa lepas salut tepung mestilah kita goreng kan. Waktu dah masuk dalam minyak panas, jangan sesekali kacau. Biar je dalam 2 min pastu pusingkan dia. Make sure ayam tenggelam tau.

Cara masak sos sangat simple! Sebijik macam sos 4fingers.

3. 4 ulas bawang putih, cili kisar 2 sudu, sos cili atau tomato 2 sudu. Cili api 3 biji. Boleh kurangkan kalau tak suka pedas sangat. Blendkan semua.

4. Tuang sikit minyak dalam kuali, sikit je tau. Tumis semua bahan blend dan kacau-kacau semuanya. Letak sikit serbuk cili, kacau-kacau lagi. Tak nak pecah minyak sangat pon. Kang jadi sambal tumis pulak.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Nasi Kukus Ayam Berempah

5. Agak-agak dah takde bau cili kisar tu, tuang 1 sudu gula dan madu. Madu ikut suka nak banyak mana. Saya pakai tuang je then rasa. Time rasa tu dia memang rasa manis-manis pedas. Sos dah sejuk baru gaul-gaul dengan ayam tau.

Haaa time ni lah baru rasa dia sebijik sama macam kat 4fingers tu semua. Hehehe selamat mencuba.

Resepi Ayam Goreng Honey Garlic Korea

Resepi Oleh: Syarah Amanina