Ayam, Sambal & Pencicah

Resepi Telur Goreng Mata Masak Kicap

resepi-telur-goreng-mata-masak-kicap

Resepi Telur Goreng Mata Masak Kicap

Dulu lauk ni lah feberet anak hakak, bertambah-tambah selera dia makan nasi. Lama tak masak lauk ni, harini hakak buat surprise kat dia.

Bahan-Bahan:

  • 5 biji telur, goreng mata
  • 2 biji kentang, potong dan goreng
  • 1 bunga lawang
  • 1 kayu manis
  • 3 sdm kicap manis
  • 1 sdm sos tiram
  • 1 sdm kicap cair
  • lada putih
  • air secukupnya
  • daun bawang/daun sup untuk hiasan

Bahan Tumis/Hiris:

  • 2 bawang merah
  • 2 bawang putih
  • 1 cm halia
  • cili, banyak ikut suka

Cara Memsak:

1. Tumis bahan hiris hingga wangi dan layu. Masukkan bunga lawang dan kayu manis.

2. Tambahkan kicap, sos tiram dan kicap cair, kacau sekejap dan tambahkan air dan lada putih.

3. Masukkan telur dan kentang yang dah siap digoreng. Masak sehingga mendidih.

4. Taburkan dengan hirisan cili, daun sup atau daun bawang. Selamat mencuba!

Resepi Telur Goreng Mata Masak Kicap

Resepi Oleh: Kuali Helena