
Buat Sendiri Ayam Gunting Baru Puas Makan
Anak bongsu kata ayam gunting kat kantin sekolah dah naik harga tapi size makin comel, tak puas makan. Dia memang suka sangat ayam gunting, terjumpa gerai ayam gunting je mesti singgah. Akak buatkan ayam gunting size jumbo baru puas hati.
Bahan-Bahan:
- Isi ayam bahagian dada tanpa tulang
- Tepung goreng serba guna (akak guna tepung Bestari pedas)
- Serbuk roti secukupnya (akak guna serbuk roti kuning)
- Serbuk perasa
- Serbuk cheese atau serbuk cili untuk taburan
- Minyak goreng
Cara Membuat:
1. Hiris nipis (fillet) dada ayam. Lumur dengan sedikit serbuk perasa. Campurkan tepung goreng serba guna dan serbuk roti (perbandingan 2 : 1).
2. Ambil sedikit tepung goreng dan bancuh dengan air untuk dijadikan bahan pencelup. Jangan terlalu pekat atau cair, sedang elok melekat pada ayam.
3. Ambil sekeping fillet ayam kemudian celup ke dalam bahan pencelup dan golekkan ke dalam tepung goreng yang dah dicampur serbuk roti hingga tersalut rata.
4. Celupkan kembali ke dalam bahan pencelup dan golekkan lagi ke dalam tepung goreng + serbuk roti. Goreng dalam minyak panas yang banyak hingga masak. Angkat dan toskan kemudian gunting.
5. Boleh taburkan serbuk cheese atau serbuk cili yang dicampur serbuk perasa. Akak guna tepung goreng Bestari pedas tak perlu tabur serbuk cili sebab dan pedas.
Resepi Oleh: Eka Zahra