Kek

Resepi Lemon Cake Masam Manis Sedap

resepi-lemon-cake-masam-manis-sedap

Resepi Lemon Cake Masam Manis Sedap

Bahan-Bahan:

  • 250gm pure butter
  • 230gm castor sugar
  • 270gm self raising flour
  • 4 biji telur
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sdb parutan kulit lemon (parut yg kuning sahaja)
  • 70gm perahan jus lemon
  • Esen vanilla
  • Secubit garam

Bahan Lemon Glaze:

  • 1/2 cwn gula aising
  • 1 sdb perahan jus lemon
  • 1 sdb susu pekat manis

+ Kalau nak lebih double kan resepi.

Cara Buat Kek:

1. Pukul butter, gula, dan parutan kulit lemon hingga kembang dan pucat. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan esen vanilla.

2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Perlahankan kelajuan speed. Jangan pukul terlalu lama cukup sekadar tepung sebati dengan adunan.

3. Masukkan lemon jus dan pukul hingga sebati. Bila dah siap tuangkan dalam loyang yang telah dilapik baking paper. Saya guna loyang bulat 6″ boleh dapat 2 biji kek.

4. Bakar selama 50 minit ke 1 jam atau hingga masak dengan suhu 180 darjah dan suhu kena ikut kepanasan oven masing-masing.

Cara Buat Lemon glaze:

1. Masukkan gula aising dalam satu bekas letak susu pekat dan perahan jus lemon dan kacau. Jika glaze beketul lagi boleh tambahkan sedikit perahan jus lemon.

2. Glaze jangan terlalu cair sebab gula aising tu sendiri akan cair. Bila dah pekat boleh tuang atas kek lemon dan hias ikut citarasa masing-masing.

Resepi Lemon Cake Masam Manis Sedap

Resepi Oleh: Jana Kitchen