
Resepi Mudah dan Sedap Apam Gula Hangus
Marathon di dapur harini. Macam biasa semua kerja dari penyedian bahan sampailah mengemas dapur buat sendiri je. Menu terakhir untuk harini, apam gula hangus. Buat benda yang mudah. Boleh multitasks buat 2-3 benda dalam satu masa. Tak dapat banyak sangat pun. Tak perlu saya nak simpan leftovernya berhari-hari.
Bahan-Bahan (+-15 biji acuan kecil):
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan air
- 1 1/2 cawan tepung gandum*
- 1 sdt soda bikarbonat*
- 1 sdt baking powder*
- Secubit garam*
- 2 biji telur
- 1/2 cawan minyak jagung
- 2 sb marjerin/mentega
- 2 sb susu pekat
Cara Penyediaan:
1. Buat gula hangus; Panaskan gula di dalam periuk atau kuali hingga cair keperangan (warna amber). Masukkan air perlahan-lahan dengan berhati-hati kerana air gula yang panas mudah terpercik. Kacau rata dan pastikan gula telah cair sepenuhnya. Matikan api, sejukkan.
2. Sementara itu, ayak bahan-bahan bertanda (*) ke dalam bekas atau mangkuk. Masukkan air gula hangus, telur, minyak jagung, marjerin dan susu pekat ke dalam bahan yang telah diayak. Kacau adunan dengan menggunakan whisk sehingga sebati.
3. Panaskan periuk kukusan, balut tudung periuk dengan kain bersih untuk mengelakkan air menitis. Oleskan acuan dengan sedikit minyak. Masukkan adunan hingga 3/4 bahagian acuan.
4. Kukus adunan selama 20 minit dengan api sederhana. Setelah masak, terbalikkan acuan dan apam akan tertanggal sendiri. Siap.
Resepi Oleh: Noor Ashikin Saerah