Ayam, Masakan Thai

Ayam Goreng Rangup dan Sos Pencicah Thai

ayam-goreng-rangup-dan-sos-pencicah-thai

Ayam Goreng Rangup dan Sos Pencicah Thai

Thai crispy chicken, rangup dan juicy lagi la bertambah sedap bila dicicah dengan sos thai homemade yang pedas lagi berapi ni, ada yang nak cuba? silakan share resepinya.

Bahan-Bahan:

  • 1 kilo ayam chicken wings/drumstick cuci dah toskan air
  • 1 @ 2 sudu besar chilli thai (cili kering bersihkan dan sangrai atas api dan kisar halus) beli yang dah siap pun boleh
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar beras goreng yang telah dikisar/ditumbuk
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar air ais (ais yang ditambah ais ketul)
  • 1 biji perahan limau nipis
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • sedikit potongan daun ketumbar
  • garam – jika perlu tapi bagi saya sos tiram dan sos ikan sudah masin

Cara Membuat: Gaul semuanya bahan dengan ayam dan perap selama 2 jam. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga keperangan. Boleh dicicah bersama sos thai homemade.

Bahan-Bahan Sos Thai:

  • 1 cawan beras nasi dibersihkan dan disangnai atas api sehingga kekuningan. Kemudian angkat dan tumbuk hingga halus atau dikisar, lebihan boleh disimpan.
  • segenggam asam jawa + 1 cawan air suam – campur keduanya hanya ambil air asam jawanya sahaja
  • 3 sudu sos ikan
  • 1 biji limau nipis
  • 1 keping gula melaka ditumbuk halus
  • 10 biji cili api tumbuk halus nak pedas boleh tambah lagi
  • 8 biji bawang merah kecik dihiris nipis
  • beras di sangrai (digoreng tanpa minyak dan tumbuk halus)
  • daun ketumbar dipotong halus
  • garam
Cuba Resepi Ni:  Daging Bakar ala Thai Guna Daging Burger

Cara Membuat: Air asam jawa, sos ikan, gula melaka, cili api tumbuk, bawang merah, beras tumbuk dan daun ketumbar dicampur bersama dalam satu bekas. Tambah sedikit air masak jika adunan nampak terlalu pekat dan perah limau nipis. Perasakan dengan sedikit garam.

Ayam Goreng Rangup dan Sos Pencicah Thai

resepi Oleh: Tahrunnisah Jali