
Resepi Donut Coklat Cadbury Leleh Lava
Bahan-Bahan:
4 cawan tepung gandum
3 sudu besar merjerin
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar gula
1/2 cawan air suam
1/2 cawan air
1 peket mauripan
Sedikit garam
Coklat bar (sis guna coklat cadbury) – untuk filling di dalam donat
Cara Memasak:
1. Ambil setengah cawan air suam dan larutkan gula , yis segera dan kacau sehingga sebati.
2. Biarkan hingga yis mengembang sekitar dalam 20 minit .
3. Ramas dan gaulkan rata tepung gandum bersama marjerin, susu dan garam hingga sebati.
4. Bila yis dah mula mengembang, masukkan yis tersebut ke dalam tepung tadi diselang selikan dengan setengah cawan air sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
5. Biarkan doh direhatkan selama 30 minit. Tutup doh dengan kain basah dan biarkan seketika.
6. Selepas 30 minit, doh akan naik dan tumbuk doh untuk mengeluarkan angin.
7. Boleh canaikan doh tersebut, jangan terlalu tebal sangat dan jangan pula terlalu nipis.
8. Bentukkan bulat seperti donat dan letakkan coklat cadbury ke dalamnya.
9. Sebelum menggoreng, rehatkan donut selama 30 minit supaya ia mengembang dengan cantik.
Resepi Oleh: Fika Shafika