Resepi Ikan Cencaru Goreng Kicap Berapi
Antara menu kesukaan, ikan cencaru yang dirindui sebab dijual di sebuah restoran makanan tengah hari. Atas alasan PKP ni semua yang teringin kita masak sendiri sahaja di rumah ye. Seronok dan happy kejadian yang tidak mengecewakan, menu pun siap cuma selfie seekor sahaja yang lepas dalam pinggan tu, ikan cencaru tu bersaiz besar juga. Semua kata sedap, mestilah sedap dan lazat rahsia mama di dapur bersama Hi Ajinomoto yang sentiasa di hati. Pelengkap setiap masakan mama menjadi luar biasa sedap khas untuk keluarga tercinta.
Bahan-Bahan:
4 ekor ikan cencaru – dibersihkan, kemudian letak garam, kunyit & AJINOMOTO atau penambah rasa. Goreng garing hingga masak.
Bahan Sos Kicap:
- 4 tangkai cili kering **
- 2 ulas bawang putih **
- 5 biji bawang merah **
- 1/2 biji bawang besar – potong dadu
- 1 biji cili merah besar – potong dadu
- 1 biji cili hijau besar – potong dadu
- 10 biji cili api – potong kecil
- 2 biji limau kasturi – ambil jus
- 3 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu kecil AJINOMOTO atau penambah rasa
- 1/2 sudu kecil garam halus
- 2 sudu besar kicap lemak manis
- 1 cawan air panas
- 3 sudu besar minyak masak untuk menumis
- 1 sudu makan bancuhan tepung jagung – pekatkan sos/kuah
Bahan Untuk Hiasan:
- Hirisan bulat bawang besar
- Hirisan limau nipis
Cara Memasak:
1. Satukan semua bahan bertanda (**), kisar halus kemudian panaskan minyak dan tumis cili kisar. Masukkan sebahagian bawang besar yang dipotong dadu, tumis hingga layu dan naik bau.
2. Masukkan air dan biarkan hingga mendidih kemudian masukkan semua jenis sos di atas, termasuk kicap lemak manis dan perahan jus limau. Kacau bahan hingga sekata.
3. Masukkan garam halus, Ajinomoto dan sesuaikan rasa. Jika ada kekurangan, tambah ikut citarasa dan selera. Letak lebihan bawang potong dadu dan bawang potong bulat serta semua cili di atas, biarkan masak sebentar.
4. Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sos atau kuah. Terus tutup api, kemudian masukkan ikan cencaru yang siap digoreng ke dalam kuah kicap. Balikkan hingga ikan bergaul dengan sos atau kuah. Hias dengan hirisan limau nipis dan sedia untuk dinikmati.
Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish