Biskut, Kuih Raya

Biskut Ulat Bulu Dengan Inti Kurma Berkrim

biskut-ulat-bulu-dengan-inti-kurma-berkrim

Biskut Ulat Bulu Dengan Inti Kurma Berkrim

Nama biskut ni memang mengerunkan, tapi kalau dah makan teringat-ingat inti kurma yang lunak berkrim di balut dengan biskut bersapi. Sila cuba jika suka.

Bahan-Bahan:

  • 300 gm tepung gandum
  • 150 gm tepung jagung
  • 50 gm susu tepung
  • 180 gm minyak sapi
  • 100 gm mentega
  • 80 gm gula aising
  • Pewarna hijau
  • Pandan emulco

Inti Kurma:

  • 200 gm kurma, cincang halus
  • 50 ml susu cair
  • 1/2 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu besar mentega
  • 1/2 sudu besar tepung pulut

Cara Buat Inti:

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk non-stick dan masak dengan api kecil hingga kental dan berkilat. Masukkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk.

2. Apabila mengeras, gentel inti bulat-bulat. Supaya inti tidak melekat di tangan, lumurkan tapak tangan dengan shortening sebelum mengentel.

Bahan Salutan: Gula kaster
Peralatan: Penerap kuih siput

Cara Penyediaan Biskut:

1. Satukan mentega, gula aising dan minyak sapi. Kacau menggunakan senduk kayu hingga rata. Masukkan perisa pandan, pewarna dan susu tepung. Kacau sebati.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Biskut Peanut Butter

2. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli dengan tangan sehingga mendapat doh yang tidak melekat di jari.

3. Ambil 1 sudu teh doh (10gm) masukkan inti kurma dan bentukkan sedikit bujur. Buat hingga habis. Untuk membuat jalur seperti ulat, ambil sebiji doh dan tekan ke atas penerap kuih siput.

4. Bakar pada suhu 160C selama 25-30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven, biarkan biskut sejuk dan mengeras kemudian golek dengan gula kaster.

Biskut Ulat Bulu Dengan Inti Kurma Berkrim

Resepi Oleh: Kak Wan