Minuman

Air Barli Panggang Minum Sejuk Segar Rasanya

air-barli-panggang-minum-sejuk-segar-rasanya

Air Barli Panggang Minum Sejuk Segar Rasanya

Asyik minum kopi dan teh sahaja. Bosan, kan? Apa kata kita minum air barli? Tapi bukan air barli biasa. Kita buat air barli panggang.

Bahan-Bahan:

  • 100gm barli
  • 1 sudu besar gula perang/Melaka
  • Air secukupnya
  • Itu je!

Cara Membuat:

1. Saya guna barli biasa je. Beli dekat kedai runcit. Selalu kita rebus sahaja barli ni dan letak simpulan daun pandan. Sebenarnya ada cara lain untuk menikmati barli. Langkah ni terpulang. Ada orang tak kisah terus guna barli daripada dalam paket. Ada orang suka cuci dulu. Rendam sekejap, buang keladak yang terhasil, kemudian tos airnya.

2. Sekarang kita nak panggang barli! Jika kalian ada pemanggang kopi, boleh gunakan mesin tu. Lagi senang! Kalau tak ada, boleh gunakan kuali sahaja. Gunakan api sederhana, dan sentiasa kacau. Dalam 10-15 minit, barli akan jadi warna seperti ini. Kita panggil “light roast” (panggang cerah). Rasa air akan seperti teh. Kalau nak mirip rasa kopi, panggang 15-30 minit jadi “dark roast”(panggang gelap).

Air Barli Panggang Minum Sejuk Segar Rasanya

3. OK barli kita dah siap di panggang! Barli panggang ni boleh dijadikan alternatif kepada kopi dan teh. Orang yang tak boleh minum kopi atau kopi, bolehlah minum air ni. OK sekarang masa nak buat jadi air. Ni saya sedang cairkan gula Melaka. Nak guna gula perang atau gula putih pun boleh. Saya suka guna gula Melaka ni sebab rasa dia serasi dengan barli panggang.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Air Barli Bagus Untuk Lawaskan Kencing Kotor

4. Masukkan barli yang kita dah panggang tadi. Sukatannya: 2 sudu barli panggang adalah untuk 1 cawan air. Saya nak buat 1 cawan, jadi saya letak 2 sudu barli panggang. Reneh dengan api sederhana. Oleh kerana barli ni dah dipanggang, ia jadi kering, maka kebanyakannya akan terapung. Waktu mula reneh dah mula naik aromanya. Boleh bayangkan dah rasanya.

5. Ni saya dah reneh 30 minit, dan dah tambah air sebab tadi nampak renehan ni dah semakin kering. Pandai-pandailah sesuaikan dengan keadaan. Barli dah kembang, dan tenggelam di dasar periuk. Dah siap ni!. Sekarang kita tapis! Biji barli panggang yang dah direbus ni rasa dia pahit sikit, tak seperti barli rebus biasa tu. Biasanya orang tak makan barli panggang. Airnya sahaja diminum.

6. Letak sikit biji barli panggang untuk nampak cantik! Air barli panggang ni rasanya antara teh dan kopi, tapi ada rasa coklat sikit. Ia juga lebih likat daripada teh. Boleh hidang sebagai minuman panas. Nak minum sejuk pun OK. Segar betul! Jemput minum!.

Air Barli Panggang Minum Sejuk Segar Rasanya

Resepi Oleh: Kamarul Ariffin Nor Sadan