
Resepi Ayam Sutan Macam Masak Merah Tapi Lain
Hai korang, hari ni kakchik try masak Ayam Sutan untuk lauk tengahari. Hari tu belek TikTok nampak resipi ni macam best je.
Dia macam Ayam Masak Merah tapi lain sikit. Ada tambahan biji sawi dalam sambalnya. Sedap Dan sesuai dengan selera kami. Jadi kakchik kongsikan disini bagi yang nak mencuba resipi baru.
Makan dengan nasi lemak, nasi minyak atau nasi putih memang sesuai sangat. Saja masak sikit, sebab try resipi baru. Tapi serius memang sedap wei. Menyesal betul buat sikit. Lain kali kita buat seekor ayam terus.
Bahan-Bahan:
- 4 ketul peha
- 1 biji bawang merah**
- 3 ulas bawang putih**
- 1/4 inci halia**
- 1 batang serai
- 10 tangkai cili kering**
- 1 batang kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 1 sdt biji sawi
- 1 biji buah pelaga
- 5 sdb sos cili
- 2 sdb sos tiram
- 2 sdb kicap manis
- Bawang Holland
- Tomato
Bahan bertanda (**) kisar halus.
Cara Memasak:
1. Gorengkan ayam yang telah digaram kunyitkan. Goreng separuh masak je tau. Macam kakchik yang dah masak dengan perangai awak tu. Tumiskan bahan kisar, serai yang diketuk, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga dan biji sawi. Tumiskan sampai garing dan berbau wangi. Kalau tak wangi tu sah awak yang belum mandi, macam kakchik tak tau.
2. Dah garing elok, masukkan sos cili, sos tiram dan kicap manis. Kacau-kacaukan lagi. Masukkan air 1/2 cawan. Biarkan merenih ganas buk buk buk situ. Macam mana panasnya hati kakchik menengokkan kerenah awak tu.
3. Masukkan ayam, tomato dan bawang Holland. Perasakan dengan garam dan gula ikut selera. Gaulkan rata biar dia mesra. Bukan kawan tapi mesra tau. Mau kena lepuk dengan bangcik nanti. Tadaaa dah siap.
Buat yang bertanya, lauk ni dah habis wak. Tinggal sambal je. Hurmmmm ingatkan nak Cuba resipi baru. Sedap rupanya, menyesal sungguh masak sikit. Malam nanti kena masak lain lah nampaknya.
Resepi Oleh: Umi Watie