Daging, Sup

Sup Tulang Ala Mamak Cicah Roti Sedap

sup-tulang-ala-mamak-cicah-roti-sedap

Sup Tulang Ala Mamak Cicah Roti Sedap

Gaul sup dengan sambal kicap, cicah dengan roti. Mantop!. Faa masak sup tulang pekat ala mamak menggunakan Sup Bunjut Sup Tulang & Serbuk Rempah Sup dari Rempah Ratus Mak Siti. Sup jadi sedap, berempah dan pekat. Memang kena dengan selera. Sedap.

Bahan-Bahan:

  • 300gm tulang⁣
  • 500gm daging (hiris)⁣
  • 2+1 inci halia⁣
  • 1/3 cawan minyak masak ⁣
  • 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & pelaga)⁣
  • 1 paket Sup Bunjut Sup Tulang @maksiti1981⁣
  • 2 biji bawang besar ⁣
  • 3 ulas bawang putih ⁣
  • 3 biji cili api (suka pedas, lebihkan)⁣
  • 1 paket Serbuk Rempah Sup Rempah Ratus Mak Siti⁣
  • air secukupnya⁣
  • 1 batang lobak merah (potong)⁣
  • 1 biji tomato (potong)⁣
  • 2 pokok daun bawang (potong memanjang, simpan sikit daunnya untuk hiasan)⁣
  • 1 sudu besar lada hitam biji ⁣
  • 2 sudu besar bawang goreng ⁣
  • garam secukup rasa ⁣
  • 1/2 kiub ayam

Cara Memasak:

1. Rebus tulang dan daging dengan air secukupnya dan hirisan 2 inci halia sampai empuk. Panaskan minyak. Tumis 4 sekawan dan sup bunjut sampai naik bau.

2. Kisar 1 inci halia, bawang besar, bawang putih dan cili api. Tumis sampai garing. Tambah serbuk rempah sup dan kacau sampai garing dan pecah minyak. Tambah 1 cawan air, kacau sampai pecah minyak sekali lagi.

3. Masukkan lobak merah, tomato dan daun bawang. Boleh tambah kentang atau batang saderi. Kacau sekata. Masukkan tulang, daging dan air rebusan sekali.

Cuba Resepi Ni:  Sup Tulang Rusuk Kuah Pekat dan Berempah

4. Tambah lada hitam, bawang goreng, perasakan dengan garam secukup rasa dan kiub ayam. Kacau dan tutup periuk. Biar sehingga semua masak sekata. Boleh dihidangkan dengan nasi panas atau roti benggali. Faa juga hidangkan dengan cili kicap.

Resipi cili kicap: Kisar cili api, bawang putih, bawang goreng, jus limau, kicap lemak manis, garam dan gula secukup rasa sehingga lumat. Siap.⁣

Sup Tulang Ala Mamak Cicah Roti Sedap

Resepi Oleh: Dapurfaafeefoo