Semperit Legend Resepi Untuk Jualan Lebih 13 Tahun

Semperit Legend Resepi Untuk Jualan Lebih 13 Tahun

Semperit Mak Mr. Ali versi rangup di luar lembut di dalam. Untuk pengetahuan semua ni resepi legend yang mak pakai untuk buat jualan kuih raya selama lebih dari 13 tahun. Buatlah jualann hampa juga naa… konfemm laku keras, InsyaAllah. Tq mak sudi share resepi. Ok jom mula!.

Bahan-Bahan:

  • 250 gm butter (buttercup je mak saya pakai, pure butter kuat rasa susu, tapi terpulang pada citarasa masing-masing serta bajet hampa la)
  • 400 gm tepung jagung
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1/4 cawan gula aising
  • 1/2 cawang tepung cap rose merah (mak saya pakai tepung red rose. Kalau tiada tepung rose pakai tepung biasa)
  • 3 sudu besar tepung ubi
  • Sedikit esen vanila

Cara Membuat:

1. Kacau dengan senduk atau whisk, susu butter dan gula icing hingga sebati je jangan lama-lama. Masukkan semua tepung dan uli doh dengan sebati.

2. Tekan dalam acuan dan hias (untuk buat pattern dan letakkan pewarna boleh rujuk caption gambar di bawah). Jangan teruskan bakar supaya bunga tak jatuh. Jadi biarkan setengah jam baru bakar.

Semperit Legend Resepi Untuk Jualan Lebih 13 Tahun

3. Suhu oven mengikut oven masing-masing. Mak saya pakai suhu 150c selama 30 minit. Then siap. Satu adunan dapat 100 biji tau. Selamat mencuba semua!.

Guna Acuan Semperit Macam Ni >> LIHAT DI SINI

Resepi Oleh: Muhammad Ali