
Asam Pedas Ikan Kembung Style Orang Melaka
Asam pedas ikan kembung orang Melaka style, resepi dari teman FB, Cik Noor Azlina Shariff, sedap tak terkata. Hasrat hati nak masak ikan parang tapi takde dijual kedai dekat rumah ni. Lagipun di Kuantan ni memang susah nak jumpa ikan parang. Terima kasih sahabat. Moga Allah rahmati dan kurniakan kebahagiaan serta rezeki melimpah ruah untukmu dan famili. Aamiin.
Bahan-Bahan:
- 3 ekor ikan kembung/atau apa juga ikan ikut suka – cuci dengan asam jawa dan sedikit garam
- 20 tangkai cili kering/segenggam (rebus) – Kisar asing
- 2 biji bawang besar merah*
- 6 biji bawang kecil merah*
- 2 ulas bawang putih*
- 1 1/2 inci halia*
- 1 inci kunyit hidup*
- Sedikit belacan jika suka*
- Secubit jintan manis (rendam dengan air panas)*
- Secubit ketumbar (rendam dengan air panas)*
- 1/2 cawan air asam jawa pekat
- 4 helai daun limau purut
- 1 tangkai daun kari
- 1 mangkuk air biasa
- Garam secukupnya
- Secubit gula
- Perasa (optional)
Cara Memasak:
1. Kisar bahan-bahan yang bertanda (*). Tumis bahan blend tadi sampai naik bau dan pecah minyak/berubah warna/layu/bau wangi (api biar perlahan).
2. Bila bahan tumis sudah pecah minyak, masukkan cili blender dan tumis hingga naik warna merah gelap. Jika terlalu kering, masukkan setengah cawan air biasa dan tumis lagi hingga capai warna merah dan pecah minyak. Buat 2 – 3 kali supaya cili betul masak.
3. Seterusnya, masukkan air asam jawa dan secubit gula (kepekatan kuah bergantung pada kesukaan masing-masing ya). Bila kuah dah mendidih, masukkan ikan, garam dan perasa. Akhir sekali masukkan daun limau purut/daun kari dan kemudian tutup api. Dahh siap!.
Resepi Oleh: Cik NA