
Resepi Puding Strawberry Rasa Enak Lemak Berkrim
Resepi ni senang sangat-sangat, sesiapa pun boleh buat tau. Loyang petak 8 inci.
Bahan-Bahan:
Lapisan Pertama –
- 1 paket serbuk agar-agar (10 gram)
- 3 cawan air (1 cawan = 250ml)
- 1 cawan dairy whipping cream.
- 220 gram gula
- satu 2 titik sirap – Kalau takde pakai je pewarna merah. 2 titik je tau, jangan letak banyak.
- secubit garam
- strawberry yang dipotong dadu atau kecil-kecil. Terpulang nak letak banyak mana.
Jangan risau, kalau tiada dairy whipping cream, jangan pakai hat non dairy sebaliknya pakai saja SUSU CAIR. sukatan sama. Saya pakai dairy untuk menaikkan rasa lemak berkrim lapisan ini.
Lapisan Kedua –
- 5 gram serbuk agar-agar
- 2 cawan air (1 cawan = 250ml)
- satu titik pewarna sirap
- 60 gram gula
- strawberry yang dihiris-hiris. Terpulang nak pakai berapa banyak.
Cara Membuat:
Lapisan Pertama –
1. Masukkan 3 cawan air + 1 paket serbuk agar-agar + 220g gula. Kacau dulu sebati, dah sebati baru hidupkan api perlahan saja. Kacau dalam seminit, then masukkan 1 cawan dairy whipping cream atau susu cair.
2. Kacau sebati sampai mendidih dan biarkan mendidih selama lebih kurang seminit. Kemudian, off api, masukkan 1-2 titik pewarna sirap. Sebatikan. Masukkan dalam loyang 8 inci.
3. Seterusnya masukkan strawberry yang dipotong dadu, masukkan perlahan lahan. Biarkan ia set atau letak dekat luar saja selama 10 minit then sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit.
Lapisan Kedua –
4. Masukkan 2 cawan air + 5 gram serbuk agar-agar + 60 gram gula. Sebatikan baru on api. Perlahan sahaja, sebatikan sampai mendidih. Dah mendidih off api. Masukkan 1-2 titik pewarna sirap. Sebatikan.
5. Tapis, biar suam sikit dalam 5 minit baru tuang (JANGAN TERUS TUANG KEATAS LAPISAN TADI). Biasanya akan jadi tak melekat sebab tak lorek atau tak cucuk dulu.
6. Lapisan yang dah set tadi, cucuk sebanyak mungkin atasnya baru tuang sikit demi sedikit. Tuang separuh dulu, selepas itu baru letak strawberry yang dihiris tadi.
7. Tuang lebihan adunan sampai hapus strawberry tadi, kalau ada sebiji dua yang keluar ke atas takpe je. Kena cepat-cepat, takleh lambat sebab lapisan ni cepat mengeras. Sejukkan dalam peti selama 2 jam, dah boleh makan. Selamat mencuba semua!.
Resepi Oleh: Muhammad Ali