
Ayam Goreng Viral Memang Sedap dan Harum Baunya
Baru nak cuba sebab ada tengok satu video ni. Mudah dan ringkas. Siap ada yang kata sedap gila. Lagipun ada penggunaan bawang putih ketika menggoreng. Mesti wangi, bila dah rasa, memang sedap, rangup di luar, lembut di dalam dan sangat harum baunya.
Beberapa ulas bawang putih yang dimasukkan ketika ayam digoreng, sedap dimakan. Adiklah yang kata sebab Cik Fieyza tak makan sebarang bawang-bawang selain yang ditumbuk halus. Pernah sekali tertelan bawang putih yang terlindung dek sambal tempe, dan dan rasa nak demam. Serik betul, Cik Fieyza kongsi resipi yang digunakan jika ada yang nak cuba buat.
Bahan Kisar:
- Telur – sebutir
- Bawang merah besar – sebiji*
- Bawang putih – 3 ulas*
- Halia – 1 inci*
Curah semua bahan kisar atas ayam dan campurkan dengan;
- Sos tiram – 2 sudu
- Kiub pati ayam (cairkan, ikut anggaran ayam banyak mana)
- Serbuk perasa dan gula
- Tepung ubi – 2-3 sudu
Cara Membuat:
1. Gaul semua bahan dengan ayam dan perap seketika. Lagi lama lagi baik. Goreng macam biasa. Masa alihkan ayam tu, tabur beberapa ulas bawang putih yang tidak dibuang kulit setelah dicuci.
2. Ikutkan video asal, ayam digoreng dua kali untuk dapatkan lebih kerangupan. Tapi Cik Fieyza goreng sekali saja sampai betul-betul garing. Siap.
Guna Tepung Ubi Jenis Ni Baru Rangup >> https://shope.ee/6pT5qTobC4
Resepi Oleh: Novelis Affieyza Isahak