Makanan Laut, Udang

Udang Goreng Butter Dengan Sarang Telur

udang-goreng-butter-dengan-sarang-telur

Udang Goreng Butter Dengan Sarang Telur

Seperti yang dijanjikan hasil tangkapan udang semalam dah jadi Butter Prawn. Hari ni kak M share resepi yang senang sesangat untuk buat Butter Prawn nih. Selalu orang tanya macam mana nak buat telur yang halus halus macam kat seafood restaurant selalu tu kan.

Mungkin ramai yang dah tau, tapi hari ni kak M share untuk yang belum tau lagi ya. Sebenarnya bahan-bahan nak buat simple aje. Cuma tekniknya tu. So untuk yang belum pernah buat tu selamat mencuba ya.

I promise you this scrumptious recipe is simple and easy to make, full of flavour, perfect for a lunch or dinner!.

Bahan Sarang Telur:

  • 2 biji kuning telur
  • 1 senduk butter
  • 1senduk minyak masak

Cara Membuat:

1. Pukul kuning telur. Panaskan butter dengan minyak masak, guna senduk bulat tau. Bila minyak dalam kuali tu dah bebetul panas, pusing-pusingkan minyak dengan senduk tu lelaju bentuk bulatan sehala, jangan berenti ya.

2. Pastu tuang kuning telur tadi, tuang tinggi sket ya jadi telur tu jatuh dalam kuali halus je. Maintain je pusing minyak tu dengan senduk lelaju dan tuang sampai habis. Jangan berenti pusing tau senduk tu sampai telur tu masak warna keemasan.

3. Bila dah masak, tuang dalam tapis besi untuk toskan minyak. Okeh jom kita siapkan udang plak.

Bahan Udang Butter:

  • 500gm ekor udang
  • Sikit garam
  • Sikit lada sulah
  • Minyak untuk goreng
  • 3-4 ulas bawang putih – dicincang
  • 6-8 tangkai cili padi – hiris
  • 4 tangkai daun kari
  • 1/4 cawan susu cair
  • Sikit butter untuk tumis
  • Sikit serbuk lada sulah

Cara Membuat:

1. Memula goreng dulu udang yang dah gaul dengan garam dan lada sulah hingga berubah warna dan masak. Jangan goreng lama sangat nanti udang tu akan mengecut sangat plak, pastu jadi tak cantik dan keras bila makan. Angkat, toskan. Keluarkan minyak tu dari kuali.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Udang Galah Berlada

2. Panaskan butter dalam kuali, tumis bawang putih, cili padi dan daun kari sampai garing dan naik bau.

3. Masukkan susu cair dan masak jap. Masuk pulak udang yang dah goreng tadi, sedikit serbuk lada sulah dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam tau sebab butter tu dah ada masin sket.

4. Dah masak semua, masuk dalam pinggan dan tabor telur sarang atau floss telur yang buat tadi tuh. Dengan pantas dah siap. Tara.. senang kan?.

Tips Resepi Ni:

  1. Boleh juga letak telur dalam plastik dan buat lubang yang kecik atau letak dalam acuan roti jala untuk lebih senang tuang ke dalam kuali supaya lebih halus.
  2. Sentiasa kacau minyak secara membulat dengan senduk masa tuang telur dalam minyak supaya sarang telur jadi halus cantik.
  3. Jangan goreng udang terlalu lama untuk elakkan udang keras.
Udang Goreng Butter Dengan Sarang Telur

Resepi Oleh: Marina Ismail