Puding

Bread and Butter Pudding Cara Tunku Azizah

bread-and-butter-pudding-cara-tunku-azizah

Bread and Butter Pudding Cara Tunku Azizah

Resepi ni dapat 2 bekas, kalau nak buat sikit bahagi dua je resepi ni eh. Resepi dikongsi oleh Raja Permaisuri Agong @airtangan_tunkuazizah (menjunjung kasih tuanku)

Bahan-Bahan:

6 keping roti Perancis
2 tin susu cair
2 1/2 cawan air
2 1/2 cawan gula (kurang kan kalau tak nak manis)
3 sudu kecil Esen Vanila
2 cawan kismis
2 cawan buah-buahan dalam tin/fruit cocktails (ambil buah sahaja)
1 cawan isi kelapa muda
125gm mentega
6 biji telur

Cara Membuat:

1. Rendam roti dalam susu, air, gula dan campur esen vanilla. Biarkan terendam dalam satu jam dan kacau sesekali.

2. Sementara itu, panaskan oven suhu 350F atau 176c. Selepas 1 jam, tambahkan kismis, buah koktail, isi kelapa dan mentega yang telah dicairkan.

3. Pukul telur guna tangan atau mixer dengan kelajuan perlahan. Campurkan telur pada campuran tersebut. Kacau sebati.

4. Seterusnya, masukkan dalam loyang atau bekas kaca pyrex 3/4 penuh. Kemudian, bakar puding tersebut selam 1 jam.

Cuba Resepi Ni:  Enak dan Sedap, Resepi Puding Buih

Nota: Menurut baginda lagi, puding roti ini sedap dinikmati begitu sahaja dan tak perlukankan sos kastard atau cream anglaise. Boleh juga gunakan apa sahaja jenis roti yang ada.

Bread and Butter Pudding Cara Tunku Azizah

Dicuba Oleh: Lina Thomas