Tips

Dua Bahan Sahaja Hilangkan Pudar Parut Jeragat

dua-bahan-sahaja-hilangkan-pudar-parut-jeragat

Dua Bahan Sahaja Hilangkan Pudar Parut Jeragat

Diy hilangkan pudar parut jeragat dengan dua bahan di dapur. Cara ni kena konsisten tau. In shaa ALLAH sangat sangat membantu. Bahan dia pun jimat yakmat. Tak sampai cost lima hengget pun.

Bahan-Bahan:

  • Lemon
  • Ubi Kentang

Kentang ni sangat tinggi oksidan jadi dia mampu pudarkan jeragat. Lagi satu kentang ni bagus juga untuk dark circle bawah mata tu tau. Kekna selalu guna letak bawah mata memang hilang dan segar je. Dan lemon pula sebagai agen pencerahan kulit yang bagus jadi ia bertindak peluntur kepada bintik-bintik jeragat tu.

Cara Membuat:

1. Kentang tu bersihkan betul betul dahulu dan kisarkan dia sehingga halus kejadiannya. Kentang yang di kisar tadi campurkan dengan perahan lemon. Gaulkan sehingga sebati.

2. Masukkan dalam bekas kiub ais dan simpan dalam peti beku ye. Bersihkan dulu wajah supaya kiub masker kentang ni dapat bertindak bagus dalam kulit.

3. Ambil seketul kiub masker kentang tu dan sapu pada keseluruhan wajah terutama dekat kawasan jeragat banyak sampai lah kiub tu cair.

Cuba Resepi Ni:  Tips Buat Solok Lada Paling Sedap

4. Sapu dengan lembut tau jangan sapu dalam keadaan kasar dekat muka tu pula. Lepas tu bilas lah dengan air bersih.

5. Boleh pakai setiap hari. Seeloknya sebelum nak tidur ye. Selamat mencuba. Yang nak SHARE Kekna izinkan. Semoga dapat membantu.

Dua Bahan Sahaja Hilangkan Pudar Parut Jeragat

Resepi Oleh: Zana Mokhtar