Resepi Sea Salt Chocolate Chip Cookies
Sebenarnya lama dah nak buat kukis ni, tapi susah nak jumpa sea salt flakes (bukan garam dapur). Finally hakak jumpa kat Village Grocer Damen USJ. Dekat lazada pun ada kalau korang nak order.
Kukis ni rasanya sangat unik sebab ada sedikit rasa masin dari sea salt flakes. Tapi sedap! Patutpun kukis ni viral dan disukai ramai.
Bahan-Bahan:
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 1 cawan unsalted butter
- 1 sdt baking soda
- 1/2 cawan gula pasir
- 1 cawan gula perang
- 1 sdt esen vanilla
- 2 biji telur, gred A
- 2 cawan semi-sweet chocolate chips
- sea salt flakes untuk taburan
Cara Membuat:
1. Satukan tepung dan baking soda didalam mangkuk, kacau rata dan ayak. Mixer gula pasir, gula perang dan butter.
2. Masukkan telur satu persatu, masukkan esen vanila. Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit, gaulkan hingga semua tercampur rata. Masukkan chocolate chips, kaup rata.
3. Balut adunan dengan plastik wrap, simpan kedalam peti ais selama 1 jam. Ambil sedikit doh, susun diatas tray yang dilapik dengan baking paper.
4. Bakar pada suhu 180c selama 10-15 minit (mengikut oven masing-masing). Bakar sehingga hujung kukis agak kecoklatan dan tengahnya masih nampak lembut.
5. Tambahkan sedikit chocolate chips diatas kukis dan taburkan sedikit sea salt flakes. Buat cepat selagi kukis masih panas dan masih lembut.
6. Biarkan sehingga sejuk, simpan dalam balang kedap udara. Siap, selamat mencuba!
Nota: Rasa biskut ni agak manis, yang tak suka boleh kurangkan sukatan gula pasir.

Resepi Oleh: Kuali Helena