Cara Buat Biskut Kurma Oat Crunchy

Kita buat Biskut Kurma Oat Crunchy rangup biskut ni bila makan tergigit kurma yang liat-liat tu sedap sangat. Jom tengok resepi.

Cara Buat Biskut Kurma Oat Crunchy

Bahan-Bahan:

  • 1 cwn gula halus (saya letak 3/4 cwn)
  • 1 buku butter
  • 2 biji telur (buang sikit putih telur yang kental/pusat dia putih telur yang cair tu bleh la diambil)
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 2 cawan oats (saya guna rolled oats)
  • 1 sdt baking powder
  • 1/3 sdt soda bikarbonat
  • 1 sdt esen vanila
  • 25 biji kurma (jika kecil lebihkn) – dibelah 6 pstu dipotong 4

Cara Membuat:

1. Putar butter gula hingga sebati. Masukkan telur, esen, putar 10 saat. Masukkan tepung berselang seli dengan oats, uli hingga mnjadi doh yang lembut.

2. Jika adunan masih lembik, boleh tambah tepung atau oats lagi. Tapi kena ingat, jangan sampai terlebih sebab adunan akan makin mengeras.

3. Campurkan pula kurma cincang dan gaul rata. Ambil doh sebesar guli, bulat-bulatkan dan tekan dengan garfu. Bakar dengan suhu 150c selama 25 minit atau hingga masak.

Cara Buat Biskut Kurma Oat Crunchy

Resepi Oleh: Rozmaliza Omar