Tips Buat Solok Lada Paling Sedap

Tips Buat Solok Lada Paling Sedap

Ben nak kongsi pada akak-akak tips cara buat solok lada teragung. Maksima kesedapan dia tak kisah apa resepi akak guna.

1. Guna lada solok Kelantan paling sedap. Dia ada bau lada tu sendiri berbanding lada hijau biasa. Lada solok gred elok dia panjang sikit dan tengok rupa dia corak atau alur berpintal sikit. Banyak di pasaraya ada lada solok tapi guna jenis hibrid. Lain sikit tapi boleh je pun. Selain lada solok, akak boleh guna petola. Kalau lada habis.

2. Jangan guna isi ikan rebus. Kurang sedap. Guna isi ikan mentah. Ambil ikan selayang. Dan untuk dapatkan solok lada warna putih cantik, buang kulit ikan sebelum kisar. Kalau ada kulit, isi solok akan bewarna gelap sikit.

3. Guna kelapa sederhana muda. Jangan sesekali guna kelapa tua. Walau ramai jual guna kelapa tua. Nanti rasa bersepah. Kurang sedap.

4. Alas solok lada guna kacang panjang atau cebisan serai dalam periuk untuk dapatkan tekstur cantik.

5. Jangan kedekut letak santan dalam proses kukus rebus solok lada. Tak perlu pekat-pekat. Santan cair dah ok. Tabur secubit garam dan gula atas solok lada walaupun dalam solok lada dah ada garam dan gula.

6. Nisbah ikan kepada kelapa biar lah padan atau lebih sikit. Kalau buat sendiri. Baru sedap melampau.

Bahan nak buat solok lada senang je. Ikan mentah, kelapa, lada hitam, bawang merah, bawang putih, garam dan gula . Kisar kelapa dan ikan bagi halus dan tumbuk bawang, lada hitam, garam, gula dalam lesung batu baru campur masuk. Tapi kalau nak kisar kering semua sekali pun boleh. Lebih sedap tumbuk sesetengah bahan seperti di atas.

Semoga bermanfaat.

Tips Buat Solok Lada Paling Sedap

Tips Oleh: Ben Safwan