Ayam

Resepi Ringkas Ayam Bakar Lada Hitam

resepi-ringkas-ayam-bakar-lada-hitam

Resepi Ringkas Ayam Bakar Lada Hitam

Selamat menjamu selera. Bahan ringkas je. Apa yg ade kat rumah. Boleh kurangkan atau tambah bahan lain atau gandakan kuantiti mengikut berapa ketul ayam anda sediakan. Ni saya guna apa yang ade je ye. Sesuai selera ya.

Bahan-Bahan:

  • Ayam peha penuh
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar lada hitam biji
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • Sedikit kicap utk warna
  • Sedikit gula atau madu
  • Garam sesuai selera

Cara Membuat:

1. Mula-mula cuci ayam bersih-bersih. Kemudian toskan. Saya tak suka kelar. Kalau awak nak kelar, silakan.

2. Tumbuk bawang putih dan lada hitam hingga lumat. Masukkan semua bahan lain ke dalam lesung batu kemudian gaul sebati. Kalau buat banyak sila kisar semua terus ye.

3. Perapkan ayam selama mana yang anda suka. Sediakan loyang atau bekas yang sesuai. Boleh lapik loyang dengan aluminium foil/baking paper/daun pisang.

4. Panaskan oven, suhu saya 150 api atas bawah. Bila oven dah capai suhu, masukkan ayam. Saya bakar selama 30 minit. Ikut oven masing-masing ye.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ayam Bakar Berempah

5. Boleh guna cara lain untuk bakar ye, boleh guna air fryer (af), bakar atas pan, atas dapur atau guna arang. Selamat mencuba.

Resepi Ringkas Ayam Bakar Lada Hitam

Resepi Oleh: Dani J Tang