Sambal & Pencicah, Tips

Tips Buat Rasa BBQ Super Sedap

tips-buat-rasa-bbq-super-sedap

Tips Buat Rasa BBQ Super Sedap

Ben nak bagi tips nak dapatkan rasa bbq yang super duper sedap dari awal hingga akhir.

  1. Jangan terlalu rendah jarak bara api dengan pemanggang. Sejengkal dewasa ialah jarak elok untuk dapatkan rasa grill/salai dan kurang hangit.
  2. Jangan letak air. Minimakan air. Air hanya diperolehi daripada baki yang melekat pada ayam/kambil hasil tos sahaja. Ianya untuk elakkan dari bahan perap tak melekat pada permukaan ayam/daging. Cecair datang dari minyak/madu.

Resepi ini untuk 3 ekor ayam seberat 1.5 kg setiap satu, 1 kg kambing, 1 kg udang malah ada lebih sebekas kecil lagi untuk kegunaan harian. Jadi secara kasar resepi di bawah untuk 9-10 kg bahan perapan. Jelas kan?.

Bahan-Bahan:

  • 800 gram madu jenama CED (di pasaraya ada jual. Dijual dalam botol 500 gram setiap satu)
  • 330 gram sos lada hitam Jalen (1 botol ni berat dia)
  • 200 ml minyak masak
  • 3 sudu makan serbuk cili Babas untuk bagi sedikit rasa pedas dan warna merah cantik
  • 3-4 sudu teh garam bukit
  • 2 sudu teh serbuk perasa
  • 1 sudu makan penuh setiap satu bahan untuk basil/parsley/rosemary/thyme kering
  • 2 helai daun bayleaf diramas hancur
Cuba Resepi Ni:  Tip Memilih Ikan Segar di Pasar

Cara Membuat:

1. Satukan semua bahan-bahan di dalam bekas dan kacau. Baru ambil adunan ikut keperluan dan masukkan dalam ketulan ayam atau daging. Sapu sekata pada semua bahagian.

2. Dah siap, masukkan dalam plastik dan ikat. Boleh letak di freezer/chiller untuk perap semalaman minima. Dah siap.

3. Bila bakar seperti cara di atas, puas hati cukup terasa semua bahan dan melekat cantik.

Tips Buat Rasa BBQ Super Sedap

Resepi Oleh: Ben Safwan