Sambal & Pencicah

Resepi Rempah Perapan Daging atau Ayam Bakar

resepi-rempah-perapan-daging-atau-ayam-bakar

Resepi Rempah Perapan Daging atau Ayam Bakar

Resepi ayam bakar ni best sangat. Nak makan dengan nasi kerabu pun best. Nak gunakan untuk perapan satay pun boleh.

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam
  • 7-8 ulas bawang merah
  • 5-6 bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 6 batang serai
  • 1 sdb serbuk jintan manis
  • 1 sdb serbuk ketumbar
  • sedikit pes asam jawa,
  • 5 keping gula melaka (kalau nak manis boleh tambah)
  • sedikit garam,
  • sedikit ajinomoto
  • sedikit pewarna kuning/oren.

Cara Menyediakan:

1. Bawang merah, bawang putih, halia dan serai dimesin lumat.

2. Masukkan dalam bekas besar dan campurkan dengan serbuk jintan manis, serbuk ketumbar dan juga pes asam jawa, garam, ajinomoto dan gula melaka yang telah diracik halus serta sedikit pewarna.

3. Gaul bahan rata hingga gula hancur. Perap bersama-sama ayam yang telah dipotong kecil-kecil selama 3-4 jam atau semalaman.

4. Bakar atas dapur arang atau pemangang ajaib. Renjiskan minyak yang bercampur serai yang diketuk semasa membakar.

Resepi Rempah Perapan Daging atau Ayam Bakar

Resepi Oleh: Rozmaliza Omar