Ayam, Nasi

Paling Mudah Kalau Malas Masak One Pot Nasi Ayam

paling-mudah-kalau-malas-masak-one-pot-nasi-ayam

Paling Mudah Kalau Malas Masak One Pot Nasi Ayam

One pot Nasi Ayam. Sambal je masak asing. Senang hidup. Tak payah basuh pinggan banyak-banyak. Kan?. Resepi ni sebenarnya banyak kat internet. Ku baca banyak-banyak resepi, lepas tu ku main taram ikut dan je sebab nak bagi habis mudah cara buatnya. Makanya, ku tak ingat semalam macam mana aku buat. Tau-tau , resepi ni menjadi je. Tapi, secara keseluruhannya, bahan nak buat, tiada bezanya dengan resepi nasi ayam biasa, cuma cara memasak je berbeza.

Tapi kalau nak juga resepi, trylah follow resepi ni, tapi ku tak ikut 100% cara ni;

Bahan-Bahan Untuk Nasi dan Lauk:

  • 1 ekor ayam saiz kecil – dibersihkan dan potong 4 atau 8 dan perap dengan sedikit garam. Trim bahagian kulit berlemak dan potong kecil-kecil biar dapat dalam 2 sudu.
  • 2 pot beras – tak kisah beras apa pun. Cuci dan toskan.
  • 4 ulas bawang putih – dihiris nipis
  • 1 inci halia dihiris nipis
  • 1 helai daun pandan -dicarik dan disimpul mati
  • 2 pokok daun bawang.
  • 50gm butter/marjerin.
  • 1 sudu besar minyak bijan.

Cara Memasak:

1. Bahagian ayam macam tulang, kaki dan yang tak berapa kita gemar tu boleh direbus, masukkan stok/kiub pati ayam dan sepokok daun bawang. Rebus sampai lembut elok dan ketepikan.

2. Panaskan butter dan minyak bijan kemudian goreng lemak ayam sampai keperangan dan masukkan bawang putih, halia dan daun pandan lalu goreng lagi sehingga naik bau.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Masakan Ayam Goreng Gulai Padang

3. Kemudian masukkan baki daun bawang yang dah dipotong lalu kacau sekejap dan terus masukkan beras dan kacau sebati. Masukkan air rebusan ayam tadi dan sukatan ikut jenis beras kita guna. Masukkan sedikit garam atau boleh jika nak masukkan 1-2 sudu pati ayam dan kacau sebati.

4. Kalau tak suka ayam putih moist begitu boleh keluarkan dari periuk, buang sisa nasi yang melekat dan goreng dengan api yang kuat sekejap sahaja sampai nampak garing dan rangup. Keluarkan dan potong untuk dihidangkan.

Nota: Untuk buat sambal tu, kisar tomato + cili padi + halia + bawang putih. Rebus, tambah garam, jus limau nipis atau cuka sikit lepas tu boleh masukkan hirisan daun ketumbar sikit. Senang je.

Paling Mudah Kalau Malas Masak One Pot Nasi Ayam

Resepi Oleh: Salam Tewkesbury