Sayur, Sup

Resepi Sup Tauhu Telur, Cepat, Ringkas, dan Sedap

resepi-sup-tauhu-telur

Resepi Sup Tauhu Telur

Bahan-Bahan:

Tauhu telur – goreng dengan minyak yang betul-betul panas
Bawang putih – cincang
Serbuk lada hitam
Udang/isi ayam
Sos tiram – anggaran 2 sudu besar
Cendawan shimeji/fresh shitake
Lobak merah – hiris halus memanjang
Daun sup – hiris
Tepung ubi – bancuh dengan sedikit air (kalau nak ganti dengan tepung jagung pun boleh)
2 biji telur – pukul dengan garfu
Garam
Serbuk perasa (kalau suka)

Cara Memasak:

1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak. Masukkan udang atau ayam dan serbuk lada hitam. Masukkan sos tiram, air dan cendawan.

2. Bila sudah mendidih, masukkan lobak merah dan perasakan dengan garam. Sambil kacau kuah sup tuang bancuhan tepung ubi. Jangan sampai bergentel.

3. Masukkan tauhu yang sudah digoreng. Perlahankan api, tuangkan telur yang sudah dipukul tadi secara lingkaran (maksudnya jangan tuang setempat).

4. Biarkan dalam dalam beberapa saat. Tutup api kemudian baru dikacau. Tujuannya supaya telur tu nampak seperti bertali. Akhir sekali baru tabur daun bawang dan kacau rata.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Mee Sup Mudah

Resepi Oleh: Siti Zanariah Khalit