Talapia Garing Bersos Limau ala Cambodia
“Kak apa menu kita nak buat minggu ni ya?”
“Rasa nak buat Talapia masak style Cambodia la”
“Sedap ke?”
“Sedapppp…dah try buat aritu, Huzaifah kata sedap yakmat. Sampai menghirup pinggan dia”
Sebenarnya sejak setahun lebih yang lalu, sejak mak dan arwah ayah tinggal dengan kak M, adik kak M, Mazni Ismail setiap minggu akan datang melawat dia orang. Macam-macam dia bawak makanan untuk mak dan arwah ayah. Mak paling gembira sebab dia suka variety of foods. Janji bukan nasi!.
Jadi biasanya waktu tu kak M suka try masak menu-menu baru. Meriah makan ramai-ramai. Baru-baru ni terjumpa satu menu ikan Talapia masakan orang Cambodia di YouTube. Nampak mudah sangat cara dan bahannya. Kata Youtuber tu menu ni terkenal kat sana.
Jadi kak M pun apa lagi try la buat. Bahan-bahan semua mudah yakmat. Tapi rasa dia memang sedap. Cukup masam, masin, manis dan pedas. Balance semuanya. Matching sangat di padankan dengan isi Talapia yang fresh dan sedap tu. Sambil type ni pun dah telan air liur. Teruk betul hehehe…
Bahan-Bahan:
- 1 ekor ikan talapia
- 3 biji limau nipis (ambil jus)
- 3 sudu besar gula
- 3 biji cili padi merah (potong halus)
- 5 biji cili padi hijau (potong halus)
- 5 sudu besar sos ikan
- 7 ulas Bawang Putih (cincang halus)
- 2 tangkai daun ketumbar (potong halus)
- Garam untuk lumur ikan
Cara Memasak:
1. Basuh ikan bersih-bersih dengan limau nipis. Memang hilang bau hanyir ikan tu. Lumurkan garam secukupnya pada ikan yang dah bersih tadi. Perap seketika. Tak perlu letak kunyit!.
2. Goreng ikan hingga betul-betul garing. Ketepikan. Panaskan sikit minyak dan tumis bawang putih hingga nau bau. Jangan sampai garing tau.
3. Combine kan sos ikan, gula, jus limau nipis, cili padi dan daun ketumbar. Kacau sebati. Masukkan bancuhan tu dalam kuali yang kita tumis bawang putih tadi.
4. Kacau dan rasa. Mesti rasa tau. Sebab masakan ni perlu cukup rasa masam, manis masin dan pedas. Apa yang kurang, adjust!.
5. Dah cukup rasa, tuangkan atas ikan yang dah digoreng tadi. Sedia untuk dihidangkan.
Tips:
- Beli tilapia yang masih hidup berenang-renang dalam ‘akuarium’ tu. Dia orang akan tangkap dan terus siang. Rasa isi ikan lebih sedap, isi pejal dan manis.
- Boleh beli di Pasaraya Segi atau pun Super Seven. Tempat lain kak M tak pasti.
- Talapia tergolong dalam ikan air tawar. Pastikan basuh betul-betul sampai hilang bau. Guna limau nipis paling bagus. Cepat jer hilang bau hanyir ikan.
Resepi Oleh: Marina Ismail