Resepi Talapia Masak Pedas Thai

Haritu tengok video Thailand tu masak menu ni, saja try ikut. Tapi kita adjust sendiri lah, tambah apa yang patut.

Resepi Talapia Masak Pedas Thai

Bahan-Bahan:

1 ekor ikan talapia (if nak guna ikan siakap pun boleh)
1sdb sos ikan
1sdb cili kisar (ni saya tambah)
1sdb thai cili paste (ni saya tambah)
5ulas bawang putih – cincang halus-halus
7-8biji cili padi hijau – hiris
1biji cili merah – cincang halus-halus
Sedikit garam
Sedikit gula
1cwn air
Daun limau purut (saya tambah)
Halia – hiris (yang ni saya tambah)
1 sudu olive oil – guna minyak masak pun boleh

Cara-cara:

1. Ikan talapia salut dengan kunyit dan garam lepas tu goreng, ketepikan. Bahan cincang bawang, cili merah, cili padi, halia, ditumis.

2. Masukkan satu sudu cili kisar, 1 sudu pes cili thai, tambah sikit sos cili thai, tambah dengan air. Masak hingga mendidih (kalau ikut video asal, dia tak tambah air, tak ltk cili kisar atau thai cili pes, cuma gune minyak saje untuk berkuah. Tapi ni saya adjust sendiri).

3. Seterusnya masukkan lime juice, sos ikan, daun limau purut. Masak lagi hingga kuah agak pekat. Last sekali masukkan gula dan garam secukup rasa. Siap, tutup api dan curah sos atas ikan.

Boleh tahan lah rasa dia lepas adjust sendiri kan. Macam dah lari sangat dari video asal, tak pelah kita buat dia kan, bukan dia buat kita.

Resepi Talapia Masak Pedas Thai

Resepi Oleh: Tengku RosElyza Raja Muhammad