Ayam

Sup Ayam Thai Sedap Bila Hirup Kuahnya

sup-ayam-thai-sedap-bila-hirup-kuahnya

Sup Ayam Thai Sedap Bila Hirup Kuahnya

Salam hujung minggu gais. Rasa macam tak sihat ni jom masak Sup Ayam Thai. Cukup rasa masam-masam dia. Sedap buat menghirup kuah. Jom masak jom.

Bahan-Bahan:

  • 500 g ayam
  • 1 biji bawang merah **
  • 3 ulas bawang putih **
  • 1 inci halia **
  • 1 batang serai
  • 1 sup bunjut
  • 3 sdb sos ikan
  • 3 sdb jus limau
  • 2 biji kentang
  • 1/2 batang lobak
  • 1 pokok ketumbar
  • Tomato
  • Cili api

+ Bahan bertanda ** dihiris nipis. Serai tu kita ketuk saja. Kakchik guna bahagian kepak. Semua mengepak hari ni ya.

Cara Memasak:

1. Dalam periuk, panaskan minyak. Masukkan bahan yang telah dihiris, sup bunjut, serai dan akar pokok ketumbar. Tumiskan sampai semua layu.

2. Bila semua bahan tumis dah kekuningan masukkan ayam. Kita nak karamelkan ayam kita. Barulah sup kita tambah sedap. Kalau mak kakchik dia panggil matikan air ayam. Hurmmmm masalahnya ayam tu kan dah mati mak?.

3. Bila ayal kita tadi nampak dah kecut masukkan air ikut selera. Kakchik masukkan 5 cawan air. Bubuh kentang yang kita dah potong tadi. Biarkan semua bahan merenih sampai kentang empuk.

4. Biarkan dia mendidih ganas, glup glup glup. Tambah air ikut selera tau. Kami suka makan sup jadi memang banyak kuah.

5. Bila kentang dah empuk elok masukkan lobak yang dah dihiris. Masukkan sos ikan, ini buat sup kita makin sedap tau.

6. Masukkan jus limau. Kakchik suka masam-masam sikit. Ikut selera kau orang lah ye. Suka masam bubuh lebih. Jangan sampai rasa macam asam pedas sudah.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Masakan Ayam Goreng Gulai Padang

7. Jangan lupa perasakan dengan garam. Ejas rasa tau. Tadi kita dah bubuh sos ikan. Last sekali sebelum tutup api taburkan cili api dan tomato.

8. Taburkan daun ketumbar dan bawang goreng. Tadaaaa. Dah siap. Wangi satu dapur uiii. Senang masak sup ayam Thai ni. Tak payah buat sambal kicap. Nak pedas picit saja cili api tu. Mudah kerja mak hari ni.

Hidangkan pada anak dan suami. Masing-masing makan bertambah. Nampaknya malam kena masak lain. Selamat mencuba gais.

Settle dah 1 lauk. Ni kalau ada telur dadar lagi ngam. Cukup dah masak 1 lauk ada protein dan sayur. Hidangkan dengan nasi panas. Senang kerja mak.

Sup Ayam Thai Sedap Bila Hirup Kuahnya

Resepi Oleh: Umi Watie