Pudding Strawberry Nyaman Rasa Tekak Menikmatinya
Bahan A:
- 5gm serbuk agar-agar
- 3/4 cawan Kordial Strawberry
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan air
Cara Buat:
1. Campur semua bahan di atas dalam periuk dan kacau rata. Masak hingga mendidih, tuang dalam loyang bulat 7 inci. Biarkan sederhana beku.
Bahan B:
- 5gm serbuk agar-agar
- 1/2 cawan gula
- 1 cawan susu cair
- 2 cawan air
- Secubit garam – jika suka
- 6 biji buah strawberry – potong nipis
Cara Buat:
2. Satukan bahan di atas dalam periuk kecuali strawberry. Masak hingga mendidih sambil dikacau-kacau.
3. Tuang 1 cawan adunan ni atas lapisan puding strawberry tadi dan biarkan seketika.
4. Susun hirisan strawberry tadi dalam loyang separuh. Kemudian tuang lagi adunan puding menutup hirisan strawberry tadi.
5. Susun lagi baki strawberry hingga habis dan tuang sampai habis baki adunan tadi. Biarkan sederhana beku.
Bahan C:
- 6 biji strawberry – potong dadu dan lenyek dengan sudu bagi hancur
- Sedikit jelly konnyaku powder
- 1/4 cawan Kordial Strawberry
- 1 cawan air panas
Cara Buat:
6. Satukan semua bahan ni dan kacau-kacau hingga sebati. Tuang atas puding tadi dan simpan dalam peti sejuk selama 1 – 2 jam.
7. Untuk bahagian atas puding ni memang lembut. Kalau terbalikkan loyang beralaskan pinggan rata memang ia akan berair. Tu tak mengapa, boleh potong ikut suka dan sedia untuk dihidang.
Resepi Oleh: Zura Zul