
Resepi Bengkang Tepung Beras Gula Merah
Memenuhi permintaan isteri yang teringin sangat nak makan Bengkang Tepung Beras Gula Merah. Sebagai suami, kita turutkan aja. Dia kata, last dah nak merap laki pon. Bila dah start keja balik nie, payah dah la nak merap. Keluar keja pagi, maghrib baru sampai umah. Masa mana nak boleh merap. Nak boleh makan masakan suami nie plak, kena tunggu cuti sekolah nie la… lambat lagi. Isteri la kata, bukan saya kata ye. Sebagai suami, sedih plak bila dengar rentetan isteri kata macam tu. Ok, kita on kan aja. Tung…tang… Tung…tang… Siap.
Bahan-Bahannya:
- 2 cawan tepung beras
- 7 sudu besar tepung jagung
- 7 cawan santan
- 3/4 cawan gula putih (tak suka manis, kurangkan lagi)
- 1 cawan gula merah timbang
- Garam (agak-agak ja untuk naikkan lemak kuih)
Cara Membuatnya:
1. Loyang di sapu minyak, kemudian panaskan sekejap di dalam oven. Panaskan oven terlebih dahulu dalam 5 hingga 10 minit camtu dengan suhu 180°C.
2. Satukan ke semua bahan di dalam bekas, kemudian kacau sehingga sebati. Saya kacau pakai whisk ja. Bila semua dah sebati dan gula pon dah larut, masukkan di dalam kuali atau periuk, masak di atas api sehingga kental. Guna api sederhana ja.
3. Bila dah kental, alihkan ke dalam loyang, bakar di dalam oven selama 1 jam atau lebih ikut oven masing-masing pada suhu 180°C api atas bawah (5 minit terakhir, saya tukar api atas untuk mendapatkan efek hangit-hangit tu).
4. Bila dah masak, sejukkan bengkang terlebih dahulu baru potong. Selamat mencuba.
Resepi Oleh: Shah Shatry